Menteri MOA perlu beri penjelasan apa peranan, bidang tugas Pegawai Pembangunan Peladang Nafas

0
Dr Juanis Yajuni

TAMBUNAN : Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tambunan hari ini meminta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memberi penjelasan  PERANAN dan BIDANG TUGAS Pegawai Pembangunan Peladang Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) untuk negeri Sabah.

Posting Zai Kazaya (Abu Huzaifah Kamal ) dalam FB mengenai pemeriksaan mengejut yang akan mereka buat.

Pengerusinya,  Dr Juanis Yajuni berkata,  dua orang Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPK lantikan Menteri MOA iaitu Encik Abu Huzaifah Kamal (PPK Tuaran) dan Addy Samsudin ( PPK Putatan) telah menyatakan mereka perlu membuat “spot check” (pemeriksaan mengejut) ke PPK-PPK di Sabah seperti telah ditular dalam FB mereka.

Katanya, seperti umum semua tahu, semua pegawai dari Pengurus Besar sehingga ke kakitangan sokongan termasuk pemandu di PPK adalah pegawai Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) iaitu pegawai kerajaan yang dipinjamkan bertugas di Pertubuhan Peladang.

“Tentu sekali mereka bertugas di bawa pantauan Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua-ketua Cawangan di ibu pejabat LPP Negeri atau Pegawai Penyelia Wilayah LPP (di Sabah terdapat 3 PPW iaitu Keningau, Tawau dan Sandakan)

“Sebagai pemegang saham kepada Pertubuhan Peladang kami minta Menteri MOA maklum kepada kami apa keperluan lagi melantik Pegawai Pembangunan Peladang Nafas ini dengan bergaji beribu ringgit sebulan ?”

“Ada kah Menteri MOA sudah tidak percaya kepada pegawai kerajaan (Pegawai LPP yang dipinjamkan di Pertubuhan Peladang)”

“Justeru Menteri MOA Dato Salahuddin Ayub perlu memberi penjelasan kepada ahli-ahli peladang di seluruh Malaysia berhubung perkara ini kerana wang yang dibelanjakan untuk membayar gaji mereka adalah wang ahli peladang, bukan wang Kerajaan”, katanya dalam satu kenyataan.

Dalam posting di FB, Abu Huzaifah Kamal yang menggunakan nama Zai Kazaya menyatakan akan mengadakan pemeriksaan di semua PPK di Sabah.

Serentak itu Dr Juanis mempersoalan apa kapasiti Pegawai Pembangunan Peladang Nafas yang dilantik oleh Menteri MOA untuk membuat “spot check” keatas PPK?

“Apa kuasa yang mereka pakai untuk berbuat demikian?”, tanya beliau.-pr/BNN