Mengulas tentang kenyataan media dari Pengerusi PPK Penampang,
Mr. Alban Mansali mengenai lantikan politik di dalam PP dan PPK. Perlu diingatkan bahawa, lantikan politik di dalam PP ini bukanlah sesuatu perkara baru. Perkara ini telah lama wujud dari kerajaan sebelum ini.
Kenyataan yang dikeluarkan seperti ini adalah berniat jahat untuk menjatuhkan kredibiliti MOA terutama Yg Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub.
Pelantikan ini harus diberi ruang dan peluang untuk membantu Ahli Peladang khususnya dalam proses menyampaikan bantuan secara terus dari MOA. Perlu diingatkan bahawa, Ahli jemaah pengarah PPK akan dipertanggungjawabkan dengan kerugian yang di alami setiap PPK. Kes projek “Gajah Putih” yang cuba disembunyikan sebelum ini akan disemak semula untuk memperbaiki dan meneruskan Agenda Reformasi.
Pembaikan, Pembaharuan dan Reformasi peladang harus terus di sokong demi membantu Ahli Peladang khususnya. Perspektif buruk dan negatif dari AJP PPK cuma akan memburukkan situasi. Perlu diingatkan, bantuan dari MOA harus terus sampai kepada Ahli Peladang. Lantikan politik ini akan berkerjasama untuk memastikan tidak ada 1 sen dari bantuan akan di seleweng seperti yang terjadi sebelum ini.
Justeru itu, perlu diingatkan agar AJP dan Pengerusi PPK terus bekerjasama dengan MOA bagi memudahkan perjalanan Reformasi Peladang ini berjalan lancar dan berjaya memperbaharui struktur Peladang yang sebelum ini sudah lama rosak.
Ramlan Roslan
Ahli Jemaah Pengarah
PPK Penampang