Hajiji rasmi majlis khatan Jama’ie Kafa Tuaran, Tamparuli

0
Hajiji together with Fire and Rescue personnel dousing water onto the children who took part in the event.-Foto by Azman Madris

KOTA KINABALU: Ahli  Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah merasmikan Majlis Khatan Jama’ie Peringkat KAFA Daerah Tuaran dan Tamparuli 2019 di Masjid An-Nur Tuaran, pada Isnin.

Seramai 86 orang kanak-kanak terlibat dalam majlia khatan beramai-ramai itu.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Negeri Sabah Tuan Haji Norjeli Haji Dais, Pengarah Hospital Daerah Tuaran, Dr G. Mohan A/L Gopal Naidoo, Pegawai Tadbir Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Tuaran, Puan Siti Haryani Bin Yahya,Pengerusi Masjid Daerah Tuaran, Haji Abdul Kanaan Bin Abd Razak dan Penyelia KAFA Daerah Tuaran, Ustaz Hamsah Bin Sulaimana.-pr/BNN

Hajiji yang juga Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Norjeli bergambar bersama kanak-kanak yang menyertai majlis khatan itu.-Foto Azman Madris

 

 
-End.