PAITAN: Pesta Tagunggu yang diraikan setiap tahun merupakan wadah penyatuan masyarakat etnik Sungai di Paitan, Sugut, kata Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Katanya, pesta itu sejak sekian lamanya dianjurkan, telah menjadi satu acara tahunan yang penting di daerah tersebut.

Sebahagian daripada orang ramai yang menghadiri majlis itu.

Beliau berkata, Pesta Tagunggu telah dianjurkan oleh Pejabat Parlimen Beluran sejak tahun 2006, bertujuan untuk mempamerkan seni budaya musik tradisi etnik Sungai di daerah Sugut.

“Pengajuran pesta ini selama 13 tahun, kini telah berjaya tanamkan semangat mendalam terhadap musik tradisi dikalangan generasi muda ethnik ini.

“Anak-anak muda etnik Sungai kini lebih yakin untuk menonjolkan seni budaya mereka”, katanya ketika merasmikan Pesta Tagunggu kali ke 12 di Pekan Daerah Kecil Paitan.

Dr. Ronald bersalam dengan orang ramai yang hadir.

Hadir sama di majlis itu ialah Penolong Pegawai Daerah Beluran, Encik Leprus Giswa dan Pegawai Exsekutif Majlis Daerah Beluran, Puan Kamariah Ismail.

Ronald Kiandee berkata, dalam bidang seni suara, artis-artis bahasa Sungai juga mulai mencipta nama di persada seni.

Beliau berharap agar seni budaya etnik Sungai terus diangkat hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Ronald yakin dan percaya usaha yang giat dilaksanakan oleh penggerak seni etnik Sungai akan meletakkan ethnik itu setaraf dengan kejayaan ethnik lain di negeri ini, terutamanya dalam bidang seni dan budaya.

“Saya juga menyeru kepada masyarakat di Beluran agar menyertai dan bergiat dalam persatuan-persatu seni budaya yang berdaftar.  Ini penting agar bantuan daripada kerajaan lebih mudah disalurkan kepada golongan sasar”, tegasnya.-pr/BNN