KOTA KINABALU : Wanita UMNO Sabah mengulangi tentangan terhadap hasrat kerajaan negeri dan persekutuan melaksanakan pemberian Pas Sementara Sabah (PSS) kerana ianya di lihat tidak membawa sebarang kebaikan melainkan keuntungan pula kepada pemegang kad IMM13,Kad Banci dan Kad Burong-Burong di Sabah.
“Mengapa mereka (pemegang kad tersebut) pula di bela dengan pengeluaran PSS seolah-olah kedudukan mereka begitu berharga pula di Sabah ini sedangkan kita semua tahu bahawa mereka ini sudah sekianlama mendatangkan masalah dari segi keselamatan,populasi dan sosio ekonomi ?” Soal Ketua Wanita UMNO Sabah,Datuk Dr.Hjh.Jainab DSP Ahmad Ayid.
“Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2019) minggu lalu,Wanita UMNO Sabah sudahpun membuat pernyataan dan pendirian mengenai isu ini dan mendapat sokongan oleh perwakilan.
Penolong Setiausaha Wanita UMNO Sabah,Puan Hjh.Aminah Johan berucap menyatakan pendirian Wanita UMNO Sabah mengenai isu PSS dan kami sebulat suara menggesa agar pemberian PSS ini tidak diteruskan,” katanya lagi dalam satu kenyataan di sini.
Menurut Jainab,pemberian PSS kepada pemegang kad IMM13,Kad Banci dan Kad Burong-Burong,tidak akan membawa apa-apa kebaikan untuk rakyat Sabah malahan ianya dikhuatiri pula akan mencipta lebih banyak masalah lambakan pendatang asing ke negeri ini.
“Lihat pada kes Polio yang baru-baru ini menggemparkan rakyat sehingga mendatangkan kekhuatiran kepada penduduk setempat khususnya di Tuaran.
Kes tersebut di bawa oleh rakyat asing dan melibatkan kematian pula,” ujarnya lagi.
Beliau turut memberikan pesanan kepada rakyat tempatan agar berhati-hati apabila membeli makanan atau minuman yang di jual oleh warga asing terutamanya di lorong-lorong kaki lima,pasar malam atau mereka yang menjaja di tepi-tepi jalan.
“Rakyat tempatan sudah menerima vaksin polio semasa bayi tetapi tidak kepada rakyat asing yang bermastautin di Sabah kerana mereka tidak pernah mendapat suntikan vaksin anti polio.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri mengesahkan bahawa wabak polio memang menular di Selatan Filipina dan sekaligus memberikan risiko kepada rakyat Sabah lantaran penyakit ini boleh menjangkit melalui udara,makanan dan air.
Kerana itu Wanita UMNO Sabah menentang sekeras-kerasnya pemberian PSS dan inilah salah satu masalah yang amat menggusarkan” menurutnya lagi.
Dalam pada itu,Jainab turut menyentuh soal aktiviti Wanita UMNO Sabah sebelum dan selepas autonomi diberikan minggu lepas mengenai wujudnya Skuad Sayang 3K iaitu Skuad Sayang Kebajikan,Skuad Sayang Kesihatan dan Skuad Sayang Keselamatan untuk rakyat keseluruhannya.-sabahhitzon.blogspot