KOTA KINABALU: Ketibaan tahun baru 2020a amat bermakna bagi keluarga Norain binti Yussop (Kak Ain) apabila Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Sepanggar tampil memberi bantuan mempersiap kelengkapan sekolah adik beradik serta anaknya.
Adik Haryani Yussop yang bakal masuk ke tingkatan 1 bersama adiknya Fahmi Sharizal Yussop yang bakal memasuki darjah 1, serta sepupu mereka adik Insyanshah, pra-sekolah, menerima bantuan daripada AMANAH berupa pakaian sekolah, kasut, beg dan alat tulis.
Bantuan daripada AMANAH telah disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Pemuda AMANAH Nasional, Encik Khairuddin Daud. Turut hadir ialah Pengerusi AMANAH Kawasan Sepanggar, Encik Abdillah Matlin.
Kak Ain yang berasal dari Kg. Lokub, Sepanggar. Beliau dan ayahnya telah menderita sakit saraf sejak setahun lalu. Beliau yang bekerja sebelum ini, terpaksa berhenti kerja kerana sakit saraf yang menyebabkannya hampir lumpuh.
Suaminya pula terpaksa berhenti kerja dikilang untuk menjaga anak-anak, dan hanya melakukan kerja-kerja sambilan bagi menyara keluarga.
Lebih menguji keluarga ini apabila anak mereka, adik Fahmi turut menghidap jantung berlubang.
Khairuddin berharap bantuan kecil ini akan mengurangkan beban keluarga Kak Ain dimusim persekolahan ini.
“AMANAH Sepanggar berharap orang ramai dapat bersama-sama tampil membantu keluarga Kak Ain yang menderita sakit saraf.
“Penderitaan Kak Ain dan keluarganya amat memerlukan perhatian dan pembelaan daripada masyarakat yang prihatin. Bantuan daripada setiap anggota masyarakat dapat mengurangkan beban dan derita keluarga tersebut”, tegas Khairuddin.-pr/BNN