TAMPARULI: Sambutan Hari Kanser Sedunia 2020 peringkat Negeri Sabah akan diadakan di Dewan Masyarakat Kiulu dekat sini pada Selasa 4 Feb mulai 8 pagi dan dan dijangka selasai 1 petang.
Sambutan itu dianjurkan oleh Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) dengan kerjasama Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) dan disokong oleh beberapa Jabatan dan Agensi Kerajaan serta NGO berkenaan.
Demikian menurut Presiden PSKS, Encik Lawrence Imui dalam satu kenyataan Isnin.
Sambutan itu dijangka akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.
Antara pengisian sambutan ialah ceramah mengenai kanser, saringan kesihatan, derma darah, pemeriksaan pergigian, saringan pap-smear dan tallesemia serta mamogram.
Lawrence menyeru kepada para kaum wanita atau ibu terutama yang berumur 40 keatas supaya datang beramai-ramai dimana mereka berpeluang berdaftar untuk program subsisi ujian mamogram atau ujian mengesan kanser payudara yang akan dijalankan oleh Lembaga Peduduk dan Perancang Keluarga Negara (LPPKN) pada hari tersebut.
Selian LPPKN, agensi lain yang turut terlibat dalam penganjuran sambutan itu ialah Hospital KPJ, Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran, Klinik Pergigian Tuaran, PDRM Tuaran, UPPM Kiulu/Sulaman, SMK Tun Fuad Kiulu, dan Persatuan Tallesemia Sabah.
Lawrence menjemput orangramai di sekitar Kiulu agar datang beramai-ramai untuk menjayakan sambutan tersebut disamping berpeluang menjalankan saringan kesihatan. Masuk adalah percuma.
Sementara itu, PSKS akan juga mengadakan program tarian aerobik dan zumba secara besar-besaran di Dewan Badminton Kompleks Sukan Likas pada Ahad 2 Feb 2020 dari jam 4 hingga 6 petang. Pendaftaran bermula jam 3 petang.
Acara amal yang bertajuk “Charity Party for PSKS” itu dianjurkan dengan kerjasama Fuze Fitness yang diterajui oleh Ratu Fitness Sabah yang juga pengamal Martial Art terkenal Sabah, FMT Michelle Koh.
Yuran kemasukkan atau tiket ialah RM40 bagi setiap individu tetapi mana-mana kumpulan 10 orang hanya perlu membayar RM350.
Maklumat lanjut boleh diperolehi dari FMT Zumarlina di 013-8869258, Mimi di 017-3011350 dan Elinety di 013-8117988.
Tapak atau venue untuk Charity Party adalah ditaja oleh Lembaga Sukan Sabah (LSS). Baru-baru ini Lawrence dan Michelle telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengerusi LSS, Dr KH Tan yang sudi meluluskan tajaan tersebut.
Lawrence mengucapkan terima kasih kepada Dr Tan atas tajaan itu yang difahamkan adalah sejajar dengan dasar CSR LSS dimana Charity Party ini bertujuan untuk mengutip tabung untuk membina/membeli tempat penginapan untuk pesakit kanser dari seluruh Sabah yang datang merawat di Kota Kinabalu.-pr/BNN