KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina (CNY) Warisan Bahagian P.173 Putatan di Pekan Tanjung Aru pada Sabtu.

Shafie menyampaikan sumbangan kepada wakil gereja sambil diperhatikan oleh Junz Wong (dua dari kiri), Awang Ahmad Sah (empat dari kiri), Judy (dua dari kanan) di majlis itu.

Shafie yang juga Presiden Warisan turut menyampaikan sumbangan kepada 10 buah gereja dan tokong dalam kawasan parlimen Putatan.

Beliau bersama tetamu lain turut mengaul “Yee Sang” di majlis itu.

Awang Ahmad Sah menyampaikan “AngPow” kepada warga emas terpilih di majlis itu.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jaujan Sambakong, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah, Datuk Wong Hong Jun @ Junz Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.17 Tanjung Aru, Menteri Pelajaran & Inovasi Sabah, Datuk Dr. Yusof Yakub, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Encik George Hiew, Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Puan Jannie Lasimbang dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Warisan, Datuk Awang Ahmad Sah Datuk Haji Awang Shari.

Rumah Terbuka CNY itu dianjurkan oleh Biro Hal Ehwal Masyarakat Cina, Parti Warisan Bahagian P.173 Putatan yang diketuai oleh Puan Judy Hiew.

Sementara kira-kira 80 orang warga emas dan kanak-kanak yang hadir turut menerima “Angpow” daripada Awang Ahmad Sah yang juga Ketua Warisan Bahagian Putatan.

Ribuan orang ramai yang hadir telah dihiburkan dengan persembahan tarian singa, nyanyian dan persembahan hiburan, selain jamuan makan tengah hari.

Judy Hiew yang juga Timbalan Penyelaras (N.17 Tanjung Aru) Parti Warisan Bahagian P.173 Putatan berkata, ini merupakan kali pertama Biro Hal Ehwal Cina mengadakan Majlis Rumah Terbuka CNY di Pekan Tanjung Aru.-pr/BNN

Shafie (tujuh dari kiri) bersama Jaujan, Junz Wong (lapan dari kiri), Awang Ahmad Sah (enam dari kiri), Judy Hiew (lima dari kiri) dan tetamu lain mengucapkan “Gong Xi Fa Cai”.