KOTA KINABALU: Ahli-ahli peladang menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia (PM) ke 8.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Ranau, Datuk Jaimin Samitah berkata, Agong telah menunjukkan usahanya menjadi insan yang berlaku adil dalam menyelesaikan krisis politik negara yang berlaku baru-baru.

“Ahli-ahli peladang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana kebijaksanaan baginda maka isu pelantikan PM telah berjaya diselesaikan dengan baik dan aman”.

“PM baharu kini dapat memberi tumpuan membentuk kabinet baharu termasuk melantik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Malaysia”, katanya dalam kenyataan.

Jaimin berkata, ahli-Ahli peladang seluruh negara berharap Muhyiddin akan melantik seorang pemimpin yang berpengalaman dan berjiwa rakyat sebagai Menteri MOA yang baharu.

Katanya, ahli-ahli peladang cukup menderita dan seksa dibawah Menteri MOA yang lalu, Datuk Salahuddin Ayub yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah).

Menurutnya, umum mengetahui Salahuddin telah melantik ahli-ahli Amanah sebagai Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertuhan Peladang (PP) sama ada di peringkat kawasan, negeri dan juga di Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

“Selain itu, beliau juga melantik orang amanah mengisi pelbagai jawatan dalam Nafas yang mana jawatan lantikan politik itu bukan satu keperluan sehingga membebankan PP.

“Salahuddin telah menggunakan kuasanya sebagai Menteri MOA untuk kepentingan politiknya”.

“Akibatnya PP dan Nafas yang menderita kerana terpaksa menanggung beban membayar elaun AJP dan gaji untuk lantikan politik tersebut”, tegasnya.

Jaimin berkata, disebabkan lantikan politik mengisi pelbagai jawatan dalam Nafas yang tidak mahir mengurus perniagaan institusi itu sehingga Nafas menanggung kerugian sebanyak RM23.22 juta pada tahun 2018.

Beliau menarik perhatian, Nafas mencatat keuntungan sebanyak RM81.56 juta pada tahun 2017.

“Bayangkan hanya kurang daripada 2 tahun Pakatan Harapan (PH) memerintah, Salahuddin telah menyebabkan PP dan Nafas menderita kerugian.

“Beliau merupakan Menteri MOA yang gagal membela nasib untung para petani, penternak dan nelayan di negara ini”, tegasnya.

Beliau bukan saja gatal tetapi mempurakperandakan pertubuhan di semua peringkat dan akan di kenang sampai bila bila sebagai orang yang gagal dan insyaallah tidak akan di hukum oleh pengundi dalam PRU ke 15.

Jaimin berkata, ahli-ahli peladang sangat-sangat mengharapkan Kerajaan Perikanan National (PN) dibawah pimpinan Muhyiddin akan membantu membetulkan keadaan Nafas dan PP dengan menamatkan perkhidmatan AJP dan pegawai lantikan politik yang merugikan PP.-pr/BNN