TIMBALAN Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tuaran, Encik Abd. Kassim Haji Razali (kiri) telah mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengunjungi dan menyampaikan sumbangan kepada Nur Shahzarina Ain Bt Mohd Nuruddin (kanan) bagi membantu bapanya, Mohd Nuruddin Abdullah @ Jalin Tompipi, 54, yang kini terlantar di Mokpo Honkook Hospital, Korea Selatan akibat angin ahmar.
Nor Shahzrina yang menetap di Kampung Bulieng, Tuaran bersama dua adiknya memohon bantuan orang ramai bagi membawa pulang ayah mereka, kerana buntu dan tidak tahu cara untuk membawanya pulang ke negara ini memandangkan kos yang tinggi.
Mohd Nuruddin Abdullah diserang angin ahmar pada 7 April lalu menyebabkan kehilangan fungsi saraf di separuh anggota badan.
Katanya, ayahnya yang bekerja sebagai pemetik buah di daerah Mokpo sejak Februari lalu itu turut menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku di bahagian kepala.
Menurut Nor Shahzrina, kos pembedahan sahaja sudah mencecah RM36, 000. Setakat ini, sebanyak RM20,000 yang dikumpul melalui bantuan keluarga, rakan-rakan ayah serta badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.
Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menghubunginya di talian 014-6539861.- pr/BNN