HiPUTATAN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Putatan bersama sayap Armada dan Srikandi bahagian telah mengagih-agihkan bantuan makanan kepada 380 rumah yang terjejas akibat banjir dalam kawasan Putatan.

Isquzawan (dua dari kanan) dan Salma (kanan) menyampaikan sumbangan bantuan kepada mangsa banjir di Kg.Tebongon.

Penerima sumbangan itu terdiri daripada mangsa banjir dari Kampung Tebongon, Kg.Ketiau, Kg. Sailan, Sendil, Kg Ulu, Kg.Tengah Padang, Kg.Sekambu dan Kampung Lok Kawi.

Sumbangan itu telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Putatan, Encik Ali Hussin Sharin, Ketua Armada Bahagian, Encik Mohd Isquzawan Israq Datuk Arsit dan Ketua Srikandi Bahagian, Puan Salma Said.

Isquzawan berkata, bantuan berupa makanan dan air botol itu bertujuan membantu meringankan sedikit beban para mangsa banjir.

“Kami bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa banjir. Dengan sedikit bantuan daripada BERSATU, diharap dapat membantu keperluan keluarga yang terlibat dengan bencana itu”, katanya pada majlis penyampaian bantuan makanan di Kampung Tebongon, hari ini

Beliau meminta mangsa banjir di kawasan Putatan agar mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa keselamatan sekiranya bencana banjir berulang.-pr/BNN

Ali Hussin (tiga dari kanan) diiringi oleh Isquzawan (dua dari kanan) dan Salma (kanan) menyerahkan sumbangan bantuan kepada mangsa banjir di Kg.Tebongon.