KOTA KINABALU: Hanya orang kurang waras sahaja yang akan percaya dengan kenyataan media yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir dengan menamakan Datuk Seri Panglima Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah ketika ini akan diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas sahaja beliau berjaya dalam undi tidak percaya yang akan dikemukakan ke atas kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang parlimen nanti.
Menurut Ts. Ir. Jovilis Majami Dr. Mahathir ini merupakan orang yang paling banyak tipu muslihat dan sudah tentu apa yang dibuatnya ketika ini hanyalah untuk kepentingan peribadinya dengan tujuan mencari laluan mudah bagi anaknya Datuk Mukhriz sebagai Perdana Menteri seterusnya.
Tipu muslihat Dr. Mahathir tentang calon Perdana Menteri terserlah pada awal tahun ini apabila beliau tidak memenuhi perjanjian bertulis peralihan kuasa yang dimeterai pada 7 Januari 2018 antara semua komponen parti dalam Pakatan Harapan (PH) bahawa beliau akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dua tahun beliau memegang jawatan itu.
“Ini adalah perjanjian bertulis yang dipersetujui bersama oleh semua parti komponen dan turut ditandatangani tetapi Mahathir juga memungkiri perjanjian tersebut kerana mahu anaknya menjadi Perdana Menteri seterusnya”
Ts. Ir. Jovilis berkata apabila hari ini beliau sekali lagi mencalonkan orang lain yang kurang berwibawa seperti Shafie Afdal untuk memegang jawatan Perdana Menteri itu sedangkan orang yang pernah dicalonkannya dahulu yang lebih berwibawa seperti Anwar Ibrahim juga tidak ditepatinya apakah jaminan bahawa Shafie Apdal ini akan menjadi Perdana Menteri.
“Kita semua tahu selepas PRU14 Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpin oleh Anwar memperolehi 49 kerusi parlimen yang lebih kukuh dan kuat berbanding dengan BERSATU yang hanya memenangi 10 kerusi tetapi Mahathir tetap melabel Anwar tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kerana tidak mendapat sokongan daripada dikalangan ahli parlimen”
“Persoalannya apakah 9 buah kerusi parlimen yang ada pada Parti Warisan ini akan memberi kepercayaan kepada Mahathir untuk memberi jawatan Perdana Menteri kepada Shafie?”
Rakyat Sabah juga perlu ingat bahawa sejak dari dahulu lagi penyokong-penyokong PKR sangat agresif untuk mengangkat Anwar menjadi Perdana Menteri setelah peuluhan tahun berada diblok pembangkang akibat daripada kekejaman Mahathir maka sudah tentu pengikut-pengikut beliau ini tidak akan rela untuk memberi jawatan itu kepada sesiapa pun sedangkan mereka tahu bahawa PKR punyai kerusi yang lebih banyak berbanding dengan Shafie.
Jovilis juga turut bersetuju dengan kenyataan presiden STARSABAH Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan bahawa Mahathir seolah-olah mengabaikan sistem demokrasi dan menghina pemimpin-pemimpin di dalam komponen PH seperti DAP dan AMANAH.
“Pemimpin-pemimpin DAP mempunyai kerusi tertinggi dikalangan komponen PH malahan Amanah mempunyai 11 kerusi yang lebih banyak daripada Warisan tetapi Mahathir mengabaikan mereka kerana beliau tahu bahawa kedua-dua parti ini tidak dapat dieksplotasi oleh beliau”
“Parti-parti ini juga sudah tentu akan meminta untuk menjadi Perdana Menteri kerana mereka memang layak untuk menjadi Perdana Menteri”
Ts. Ir. Jovilis Majami
STARSABAH
29.06.2020
–Pandangan dan pendapat yang dinyatakan dalam artikel ini adalah daripada pengarang asalnya dan tidak mencerminkan pandangan dan dasar rasmi atau kedudukan Borneonews.net. Apa-apa kandungan yang dinyatakan oleh penyumbang artikel adalah pendapat mereka semata-mata.-Ketua Pengarang/BNN