KOTA KINABALU: UMNO Sabah membuka pintu kepada semua bekas pemimpin, ahli dan juga individu lain yang ingin menyertai perjuangan UMNO, kata Pengarah Komunikasinya, Encik Ghazalie Ansing.

Katanya, pendirian UMNO Sabah sejak dari awal lagi cukup jelaskan mengenai penyertaan bekas pemimpin dan ahli-ahli UMNO.

“UMNO Sabah membuka pintu kepada semua bekas pemimpin atau mana-mana pemimpin yg ingin berjuang bersama UMNO.

“Justeru tidak timbul soal perlunya perbincangan Ketua UMNO Sabah bersama Ketua Bahagian terlebih dahulu sebelum menerima penyertaan bekas pemimpin dan ahli UMNO”, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Fadli Juanas mengenai permohonan bekas Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak untuk menyertai semula parti itu.

Katanya, UMNO Bahagian itu sudah menyatakan pendiriannya kepada kepimpinan peringkat negeri dan pusat berhubung permohonan Salleh.

Fadli berkata, pihaknya berpendirian permohonan mana-mana individu yang sudah meninggalkan UMNO perlu dikaji semula dari segala sudut. Suara akar umbi perlu didengar melebihi kepentingan lain.

Salleh Said pada Rabu lalu mengesahkan telah memohon untuk menyertai semula UMNO.

Beliau berkata, permohonan itu dibuat pada 26 Mei lalu melalui Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata, beliau membuat keputusan itu setelah merenung kembali keputusannya sebelum ini termasuk keluar UMNO secara ‘en-bloc’ pada 12 Disember 2018 yang kini dianggapnya sebagai satu kekhilafan.

Terdahulu, Salleh memaklumkan beliau membatalkan permohonannya untuk menyertai PKR pada April lalu selepas memikirkan secara mendalam dan mengambil kira landskap politik hari ini termasuk pergolakan dalaman PKR.

Sementara itu, Bung Moktar pula memaklumkan pihaknya sudah menerima surat permohonan Salleh untuk menyertai semula UMNO, dan permohonan itu sedang dipertimbangkan dan diperhalusi untuk kelulusan.

Ghazalie berkata, Bung telah bertindak bijak dengan tidak memilih dasar “double standard” atau cuma memilih pemimpin tertentu untuk diterima menyertai UMNO.

“UMNO merupakan parti yang “inclusive” dan bukan “exclusive”, justeru kita menerima sesiapa sahaja rakyat Malaysia Bumiputera yang layak untuk menjadi ahli”, tegasnya.

Katanya, dalam politik perlu ada strategi dan plan sekiranya hendak menang, termasuk membuka pintu kepada bekas ahli UMNO yang ingin kembali bersama parti.

Menurut Ghazalie, walaupun UMNO Sabah sudah pulih, namun penyatuan semua pemimpin dan mesyarakat akan jaminan UMNO bertambah kuat dan mantap.

Justeru katanya, UMNO Sabah dijangka akan menerima lebih ramai lagi pemimpin dari berbagai parti yang akan parti itu.

Beliau berkata, Fadli selaku Ketua Bahagian sepatutnya maklum di Sabah hanya ada seorang Ketua UMNO Sabah iaitu Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.

Ghazalie berkata, UMNO Kota Belud seharusnya berlapang dadah untuk menerima mana-mana pemimpin yang berhasrat menyertai UMNO dan bukan menghalang atau menyempitkan kemasukan mereka.

“Sebagai pemimpin muda yg diberi kesempatan untuk mengetui bahagian Kota Belud, Fadli wajar berjiwa besar dan bersemangat waja menyambut kehadiran mana-mana juga pemimpin yang ingin berjuang bersama UMNO”, tegasnya.-pr/BNN