KOTA KINABALU : Ketua Pemuda Parti Cinta Sabah (PCS) Bahagian Sepanggar Haziq Mursidi menempelak kembali kenyataan Ketua Wira Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohd. Azis Jamman kerana menunduh Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman tidak pernah melakukan apa – apa terhadap tuntutan Filipina ke atas Sabah.

Haziq berkata Azis hanya menyebarkan fitnah dan tuduhan kepada Anifah untuk mengalihkan isu. Kerana kebenarannya Shafie gagal menjalankan tanggungjawab yang bijak sebagai ketua Menteri Sabah dalam isu tuntutan Filipina ini.

Katanya lagi, Isu tuntutan Filipina Azis seperti buta dan tidak membaca akbar dan media sosial sehingga mengeluarkan hujah yang tidak berasas seperti tidak pernah menjawat jawatan yang penting dalam kerajaan persekutuan iaitu timbalan Menteri kementerian dalam negeri (KDN).

Menurut Haziq lagi, Anifah lebih bijak berbanding Shafie dalam menangani isu tuntutan Filipina kerana tidak pernah melayan segala rundingan dengan kerajaan Filipina dan menasihati Perdana Menteri, Menteri Kabinet pada kerajaan dahulu supaya tidak memberi ruang rundingan. Jika berlaku rundingan ini, rundingan ini boleh menjadi dokumen penting untuk kerajaan Filipina untuk menjadi asas secara langsung kita sudah mengiktiraf tuntutan ini.

Haziq berkata, langkah Shafie yang membuka meja rundingan dengan berjumpa wakil kerajaan Filipina tahun lepas dan menghantar peguam ke Mahkamah Sepanyol merupakan tindakan yang tidak bijak kerana kita oleh terperangkap dengan kelicikan kerajaan Filipina yang mungkin boleh memberi ancaman kepada kedaulatan kepada negeri Sabah di masa hadapan.

“Azis perlu munasabah diri sendiri, apa sumbangan dia sepanjang menjadi timbalan Menteri KDN selain memperkenal PSS yang mesra kepada PATI?”

“Azis juga perlu tanya kepada Presiden Parti dia apa kenyataan yang tegas daripada Shafie semasa tuntutan ini disuarakan oleh setiusaha luar negeri Filipina mengatakan Sabah sebahagian daripada Filipina?” katanya.- pr/BNN