KOTA MARUDU : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Bahagian N6 Bandau telah bersedia menghadapi pilihanraya negeri dan menggerakkan jentera di peringkat parti.

Ketua Bahagian PBRS Bandau, Doison Dansi berkata sebagai komponen dalam Barisan Nasional (BN) , PBRS Bandau turut mengintai peluang kawasan baharu berikutan senpadan kawasan pilihanraya yang menyaksikan tambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk dicalonkan.
“Kawasan baharu wajar diberi peluang kepada PBRS yang konsisten dalam perjuangannya dan telah teruji sebagai setiakawan,”kata Doison.

Menurut Doison, hasrat PBRS Bandau adalah wajar dan bersesuian dengan senario politik semasa yang dinamik.

Mengenai calon,Doison berkata PBRS Bandau mempunyai ramai calon muda yang berpotensi yang boleh memperoleh kemenangan besar di dalam pilihanraya negeri. Ramai kalangan orang muda yang berpotensi sedia berkhidmat demi kecemerlangan rakyat,” kata Doison.

Katanya, PBRS berteraskan perjuangan demi kecemerlangan rakyat dan seiirng dengan visi dan nisi PBRS Bandau kepada rakyat kawasan Bandau kerana kita amat dekat antara satu sama lain dengan masyarakat. PBRS memahami kerperluan rakyat dan aspirasi memajukan kawasan Bandau. Inilah kekuatan PBRS Bandau yang terdiri dari pelbagai latarbelakang yang sentiasa bersama dengan rakyat.

DUN Bandau terdiri dari 13 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan majoriti pengundi didonimasikan oleh Bumiputera Bukan Islam.-pr/BNN