KOTA KINABALU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) telah diberi kepercayaan oleh kepimpinan
Barisan Nasional untuk bertanding dalam lima (5) kawasan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 pada 26 September 2020.
Menurut satu kenyataan akhbar yang di keluarkan oleh ini president party Tan Sri Joseph Kurup ini adalah peluang kepada PBRS untuk membuktikan bahawa mereka sebuah parti tempatan yang diterima oleh setiap lapisan masyarakat.
“Semua anggota parti dinasihatkan untuk terus bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon kita pada kali ini, ” katanya.
“Kita perlu akur kepada keputusan pucuk pimpinan parti yang telah membuat pemilihan serta penilaian yang terbaik dari segenap aspek.
PBRS juga yakin bahawa barisan calon yang dipilih akan menyokong perjuangan dalam memastikan hak dan kepentingan Negeri Sabah sentiasa dibela untuk
kesinambungan pembangunan yang patut dinikmati oleh rakyat Sabah. ”
Sehubungan itu, PBRS memutuskan akan bertanding di lima (5) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Matunggong, Tandek, Kadamaian, Tulid dan Sook.
“PBRS juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Dato’ Seri Bung Mokhtar Radin selaku Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional Negeri Sabah
yang sentiasa memberikan sokongan dan dokongan kepada parti kami PBRS.”
Kepimpinan Tertinggi serta seluruh anggota PBRS akan berdiri teguh dan menyokong kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri serta mendokong Kerajaan Perikatan Nasional demi untuk kestabilan dan kemakmuran negara Malaysia yang tercinta, katanya.
Mereka yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) ialah
1Encik Richard Kastum @ Mosinal N.05 Matunggong, Encik Yillson Yanggung N.07 Tandek, Encik Duanis bin Mogirong N.11 Kadamaian, Encik Matusin b. Bowie @ Matius N.44 Tulid dan Encik Bonepes bin Been untuk N.45.-pr/BNN