“Clock in”…Ketua Menteri baharu, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah “clock in” bertugas di pejabatnya di Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), Kota Kinabalu, pagi ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri pada Rabu.

Pada Isnin, Hajiji menerima watikah daripada Juhar bagi menghadiri istiadat mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.-pr/BNN