KOTA KINABALU; Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, sebanyak 488 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada hari ini di Sabah menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 4,330 kes. Ketika ini, seramai 2,610 pesakit sedang menerima rawatan di hospital seluruh Sabah.

Sehingga ke hari ini bilangan
kumulatif pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital adalah 1,687 orang. Hari ini mencatatkan dua (2) kematian yang menjadikan jumlah kematian di negeri ini adalah tiga puluh tiga (33) orang.
2. Bilangan kes positif COVID-19 yang memerlukan rawatan semakin
meningkat. Oleh yang demikian, 16 buah bangunan kerajaan telah dijadikan sebagai wad hospital tambahan dan 7 hospital kerajaan yang sedia ada dijadikan sebagai Hospital COVID-19 seperti di Lampiran A.

Sementara itu, pihak Angkatan Tentera Malaysia juga akan membuka Hospital Hybrid di
Semporna dan Hospital Medan di Tawau untuk beroperasi sebagai hospital biasa.
3. Bagi membendung penularan pandemik COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPBD) di daerah Kota Belud akan dilaksanakan kerana daerah ini telah menjadi zon merah pada 10 Oktober 2020 mulai 13 Oktober 2020 hingga 26 Oktober 2020. Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat Diperketatkan (PKPBD) akan dilaksanakan di Taman Khazanah Indah dan PPR Mutiara Kasih, Lahad Datu mulai 13 Oktober 2020 hingga 26 Oktober 2020.

4. Kerajaan Negeri telah mula mengagihkan bantuan bakul makanan (food basket) sejak 09 Oktober 2020 kepada penduduk yang terkesan di daerah-daerah yang terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB). Sehingga hari ini, bakul makanan (food basket) yang telah diagihkan adalah sebanyak 5,134 bakul makanan. Pengagihan bakul makanan (food basket) sedang giat dilakukan mengikut daerah seperti berikut:
i). Daerah Lahad Datu = 1,150
ii). Daerah Semporna = 2,431
iii). Daerah Kunak = 553
iv). Daerah Tawau = 1,000
Manakala, bagi daerah Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Sandakan, Tuaran dan Papar, peruntukan telah disalurkan pada 10 Oktober 2020.
Pengagihan bakul makanan (food basket) dijangka dimulakan pada
12 Oktober 2020 (Isnin).
5. Kerajaan Negeri juga menerima bantuan bakul makanan (food basket) pada 10 Oktober 2020 daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah 6,300 untuk daerah Kunak (1,000), Semporna (1,000), Lahad Datu (1,500), Sandakan
(1,500), Tawau (1,000) dan Kota Kinabalu (300) yang diselaraskan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Pengagihan dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah.
6. Keutamaan agihan bantuan bakul makanan (food basket) adalah untuk dua (2) kategori iaitu penduduk yang terjejas di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diperketatkan (PKPBD) iaitu kampung-kampung yang
lockdown dan keluarga yang tidak boleh keluar rumah atas arahan perintah kuarantin rumah.
7. Bagi memastikan dan menyokong Perkhidmatan Perlu (essential services) dapat berjalan lancar di daerah-daerah yang sedang dilaksanakan Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Kerajaan Negeri melaluiKementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah memberi kebenaran beroperasi kepada dua puluh satu (21) buah bengkel kenderaan, tujuh belas
(17) buah bengkel motosikal, dua puluh lima (25) buah kedai hardware dan dua puluh tiga (23) buah kedai hardware elektrik. Manakala di kawasan Kota
Kinabalu, enam (6) buah bengkel kenderaan, lima (5) buah bengkel
motosikal, enam (6) buah kedai hardware dan tiga (3) buah kedai hardware elektrik telah diberikan kebenaran untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Bilangan ini akan ditambah
sekiranya ada keperluan mendesak.
8. Sehingga hari ini, Kerajaan Negeri telah memberi kelulusan kepada 22 buah firma guaman untuk beroperasi daripada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan kapasiti sebanyak 50% tenaga kerja untuk membantu kelancaran
Perkhidmatan Perlu (essential services) bidang perbankan dan kewangan.
Mulai hari ini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19) bersetuju untuk membenarkan firma guaman yang mempunyai kakitangan sepuluh (10) orang ke atas beroperasi mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang
dengan kapasiti 50% tanpa perlu mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Negeri. Manakala, bagi firma guaman yang mempunyai kakitangan tidak melebihi lima (5) orang dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100%.
9. Sekali lagi diingatkan kepada semua penduduk di negeri Sabah untuk sentiasa mematuhi arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dan dinasihatkan untuk memainkan peranan masing-masing dalam memerangi pandemik COVID-19 dengan penuh
tanggungjawab.
Sekian.
YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN
MERANGKAP MENTERI KEWANGAN II
NEGERI SABAH
11 Oktober 2020