Pengagihan bakul makanan di Tenom

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat ingin memaklumkan bahawa agihan bantuan bakul makanan sedang giatdilaksanakan. Setakat 23 Oktober 2020, sebanyak 77,396 bakul makanan (food basket) telah diagihkan di dua puluh (20) buah daerah iaitu Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar,  Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan dan Keningau.
2. Sebanyak 4,573 bantuan bakul makanan (food basket) diagihkan pada 23 Oktober 2020 melibatkan dua belas (12) daerah iaitu daerah-daerah Lahad Datu (908), Kunak (242), Tawau (2,005), Sandakan (17), Penampang (100), Tuaran (779), Ranau (110), Kota Belud (15), Tambunan (18), Tenom (130), Kinabatangan (23) dan Keningau (226).

Sekian. Terima kasih.
YANG BERHORMAT Ir. SHAHELMEY YAHYA
MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

Pengagihan bakul makanan di Kinabatangan