SUMBANGAN….Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif (dua dari kanan) menyaksikan penyerahan sumbangan khas bagi menangani pandemik Covid-19 sebanyak RM10 ribu daripada Pusat Zakat Sabah (PZS) kepada Badan Kebajikan Penjara Kepayan, Jabatan Penjara Negeri Sabah di pintu masuk Kompleks Penjara Kota Kinabalu, hari ini.
Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Sabah (MUIS), Encik Ramlan Awang Ali (kanan) menyerahkan sumbangan itu kepada Pengarah Jabatan Penjara Sabah, Puan Nora Musa.
Mohd.Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut turut menyampaikan sumbangan berupa 4000 keping melitup muka (face mask), 2 khemah dan 2 unit aircon untuk tempat rehat anggota penjara kepada Nora di majlis itu.
Turut hadir ialah Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu@Aziz Jaafar.-pr/BNN