KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat ingin
memaklumkan bahawa agihan bantuan bakul makanan sedang giat dilaksanakan. Setakat 13 November 2020, sebanyak 164,591 bakul makanan (food basket) telah diagihkan di dua puluh tujuh (27) buah daerah iaitu Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang, Nabawan, Beluran, Telupid dan Tongod.

Sebanyak 3,652 bantuan bakul makanan (food basket) diagihkan pada 13 November 2020 melibatkan sembilan belas (19) daerah iaitu daerah-daerah Kunak (40), Sandakan (116), Kinabatangan (1,000), Beluran (105), Kota Kinabalu (178), Penampang (76), Putatan (28), Papar (59), Tuaran (434), Ranau (95), Beaufort (1,026), Kuala Penyu (50), Sipitang (35), Tenom (141), Nabawan (100), Pitas (42), Kota Marudu (21), Telupid (20) dan Tongod (86).

YANG BERHORMAT Ir. SHAHELMEY YAHYA
MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
13 November 2020