Pengagihan bakul makanan di Beaufort

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat ingin
memaklumkan bahawa agihan bantuan bakul makanan sedang giat dilaksanakan. Setakat 18 November 2020, sebanyak 190,951 bakul makanan (food basket) telah diagihkan di dua puluh tujuh (27) buah daerah iaitu Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang, Nabawan, Beluran, Telupid dan Tongod.

Sebanyak 6,310 bantuan bakul makanan (food basket) diagihkan pada 18 November 2020 melibatkan lima belas (15) daerah iaitu daerah-daerah Tawau (86), Beluran (296), Kota Kinabalu (2,217), Kalabakan (62), Putatan (24), Papar (15), Tuaran (229), Ranau (245), Beaufort (2,077), Tenom (190), Tambunan (137), Kudat (579), Pitas (51), Kota Marudu (16) dan Telupid (86).-

YANG BERHORMAT Ir. SHAHELMEY YAHYA
MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
18 November 2020

Pengagihan bakul makanan di Telupid