KOTA KINABALU: Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 311 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 23,193 kes. Hari ini tiga (3) kes kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu (1) kes di Daerah Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.
Pada hari ini, seramai 398 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital. Manakala, seramai 2,385 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 660 orang di hospital dan 1,725 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 67 orang dan 18 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
Pada hari ini, tiada kluster baharu dilaporkan.
Daripada 311 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 102 kes (32.80%) adalah dari Daerah Kota Kinabalu, Sandakan, Penampang dan Tawau yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 209 kes adalah dari lain-lain kategori.
Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,007 katil. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah sebanyak 5,569 katil menjadikan jumlah keseluruhan 6,576 katil. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 36.27%.
BANTUAN BAKUL MAKANAN (FOOD BASKET)
Sehingga hari ini, sebanyak 208,341 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan sasar.
LAPORAN SEKATAN JALAN RAYA (SJR), PENGUATKUASAAN PERAIRAN SABAH, SANITASI DAN HEBAHAN UMUM INFO ON WHEELS
Sebanyak 71 SJR telah dilaksana melibatkan pemeriksaan 52,242 kenderaan. Daripada jumlah tersebut, 189 buah kenderaan diarah berpatah balik. Tiada tangkapan namun 18 kompaun dikeluarkan atas kesalahan melanggar SOP COVID-19. PDRM juga telah melaksanakan 84 hebahan melalui kereta peronda.
Penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin yang melibatkan 33 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 36 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah telah melaksanakan sanitasi di enam (6) premis di empat (4) buah daerah iaitu Kinabatangan, Tawau, Kota Belud dan Semporna.
Hebahan umum Info On Wheels Jabatan Penerangan Sabah mengenai pematuhan SOP, amalkan 3W, elakkan 3C dan pembudayaan norma baharu telah dilaksanakan di 31 lokasi di empat (4) daerah. Hebahan dibuat dalam (3) bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Bajau dan Bahasa Dusun.
D. BANTUAN LOGISTIK
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mempunyai 244 buah kenderaan yang sedia digunakan bagi tujuan bantuan logistik COVID-19.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 63 buah kenderaan digunakan untuk mengangkut pesakit COVID-19. Manakala 12 buah kenderaan digunakan untuk menghantar bakul makanan ke lokasi sasaran dan baki 169 kenderaan pelbagai jenis bersedia digerakkan jika perlu.
Kerjasama padu daripada semua pihak amat penting dalam usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 dengan mematuhi SOP yang sedang berkuatkuasa dan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian. Masyarakat dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan dengan kadar segera sekiranya mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif COVID-19.-
#kitajagakita #stayhome #staysafe #workfromhome #normabaharu
YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN DAN MENTERI KEWANGAN II
22 November 2020