KOTA KINABALU: Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 250 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 30,538 kes. Tiada kes kematian direkodkan.

Pada hari ini, seramai 193 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital
menjadikan jumlah kumulatif sembuh 27,502 orang. Sejumlah 2,013 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 615 orang di hospital dan 1,398 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 63 orang dan 27 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Pada hari ini, terdapat satu (1) kluster baharu di Daerah Sandakan iaitu Kluster Pulau Berhala mencatatkan 23 kes menjadikan kumulatif 24 kes. Kluster ini dikesan melalui saringan komuniti di Pulau Berhala.

Daripada 250 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 107 kes (42.80%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat di 11 daerah, 60 kes (24%) daripada saringan kluster baharu dan sedia ada, saringan bergejala 29 kes (11.60%), saringan komuniti 32 kes (12.80%) dan 22 kes (8.80%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,026 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,777 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,803 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 29.59%.

BANTUAN BAKUL MAKANAN (FOOD BASKET)

Sehingga hari ini, sebanyak 275,981 bakul makanan telah diagihkan kepada
golongan sasar.

LAPORAN SEKATAN JALAN RAYA (SJR), PENGUATKUASAAN PERAIRAN SABAH DAN HEBAHAN UMUM INFO ON WHEELS

Sebanyak 65 SJR telah dilaksana melibatkan pemeriksaan 46,698 kenderaan.
Daripada jumlah tersebut, 62 buah kenderaan diarah berpatah balik. Tiada tangkapan namun 17 kompaun dikeluarkan atas kesalahan melanggar SOP COVID-19. PDRM juga telah melaksanakan 81 hebahan melalui kereta peronda.

Penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin yang melibatkan 68 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 22 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.  Bermula 7 Disember 2020 (esok), tiada lagi sekatan jalan raya oleh PDRM. Walau bagaimanapun, PDRM akan terus membuat pemantauan ketat SOP di semua lokasi dan tempat tumpuan awam (hotspot).

Hebahan umum Info On Wheels Jabatan Penerangan Sabah mengenai pematuhan SOP, amalkan 3W, elakkan 3C dan pembudayaan norma baharu telah dilaksanakan di 26 lokasi di tiga (3) daerah. Hebahan dibuat dalam empat (4) bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Dusun, Bahasa Bajau dan Bahasa Iranun.

BANTUAN LOGISTIK

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mempunyai 239 buah kenderaan yang sedia digunakan bagi tujuan bantuan logistik COVID-19. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 44 buah kenderaan digunakan untuk mengangkut pesakit COVID-19, manakala 35 buah kenderaan digunakan untuk menghantar bakul makanan ke lokasi sasaran. Baki 160 kenderaan pelbagai jenis bersedia digerakkan jika perlu.

BANTUAN LOGISTIK

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mempunyai 239 buah kenderaan yang sedia digunakan bagi tujuan bantuan logistik COVID-19.  Daripada jumlah tersebut, sebanyak 44 buah kenderaan digunakan untuk mengangkut pesakit COVID-19, manakala 35 buah kenderaan digunakan untuk menghantar bakul makanan ke lokasi sasaran. Baki 160 kenderaan pelbagai jenis bersedia digerakkan jika perlu.

Masyarakat dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan dengan kadar segera sekiranya mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif COVID-19. Bersama-sama kita putuskan rantaian COVID-19 dengan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian demi kesejahteraan diri, keluarga serta masyarakat.-

#kitajagakita #stayhome #staysafe #workfromhome #normabaharu

YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN DAN MENTERI KEWANGAN II
6 Disember 2020