KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini menerima kunjungan hormat dari Ketua Pejabat Consular Jepun di Sabah (Head Consular Office of Japan for Sabah), Ms Kako Shiho di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), Kota Kinabalu.
Kako telah memberi taklimat mengenai kegiatan ekonomi, pelaburan, pelancongan dan lain-lain yang melibatkan warga dan Kerajaan Jepun di Sabah, termasuk bantuan ehsan yang telah diberikan dalam membantu komuniti setempat.-pr/BNN