KUNJUNGAN….Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Encik Fairuz Renddan (dua dari kiri) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Penggiat Seni Lagu-Lagu Iranun Sabah di pejabatnya di Kementerian Kewangan, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), Kota Kinabalu.

Rombongan itu diketuai oleh Encik Zaharul Mayur (tengah) telah memberi taklimat kepada Fairuz yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Negeri mengenai aktiviti kesenian yang telah dijalankan.

Zaharul yang telah berjaya menghasilkan sebanyak 12 lagu Iranun berharap, Fairuz akan memberikan sokongan dan dokongan kepada para penggiat seni lagu-lagu Iranun Sabah.

Katanya, lagu-lagu Iranun yang dihasilkan oleh beliau dan rakan-rakan lain telah mendapat tempat dan disiarkan di Sabah Vfm.

Fairuz berharap etnik Iranun di Sabah akan memberikan sokongan padu mereka terhadap lagu-lagu Iranun yang dihasilkan oleh para penggiat seni Iranun.

Turut hadir pada kunjungan itu ialah Puan Dayang Ego (dua dari kanan), Mohd Fitri (kanan), Juhaimi (kiri) dan Kamaria.-pr/BNN