KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Penyiaran Sabah yang baharu, Puan Nor’ain Haji Bakir dan rombongan di pejabatnya di Kementerian Kewangan, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Kunjungan hormat ini adalah yang pertama bagi Nor’ain terhadap Ketua Menteri Sabah.

“Kunjungan bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim diantara RTM selaku agensi penyiar rasmi Kerajaan dengan Kerajaan Negeri Sabah, khususnya dalam menyebar luas agenda pembangunan negeri.

“Kunjungan kali ini sekaligus mengundang Ketua Menteri untuk menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-75 RTM pada 1 April 2021 di Kompleks Bersepadu KKMM Sabah, Kota Kinabalu”, kata Nor’ain.

Perdana Menteri dijangka akan melancaran majlis itu secara serentak di Kuala Lumpur.

Turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah Rancangan Radio, Puan Lalitha Sundram, Ketua Penolong Pengarah Rancangan TV, Encik Aris Arapa, Penolong Pengarah Berita Ehwal Semasa, Encik Ruskap Muaram dan Penolong Pengarah Perhubungan Raya,
Puan Dg. Siti Alizawaty binti Ag Ali.-pr/BNN

Hajiji menerima cenderamata daripada Puan Nor’ain binti Haji Bakir.