BEAUFORT:Pihak-pihak berwajib harus segera tangani masalah banjir di Beaufort bagi mengurangkan kerugian kepada rakyat.

Itu seruan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir. Shahelmey Yahya.

Tambahnya, bencana banjir di Daerah Beaufort kini seakan menjadi acara tahunan’.

“Kejadian banjir di Beaufort ini seakan menjadi acara tahunan di mana apabila ada hujan lebat yang berlaku di daerah Tenom, maka limpahan air daripada Tenom itu turun ke Beaufort melalui Sungai Padas,” katanya.

Justeru beliau berharap agar Jabatan-jabatan mahupun Agensi-agensi bertanggungjawab di Beaufort duduk semeja bagi membincangkan langkah terbaik untuk menangani masalah ini.

Mengulas lanjut tentang Inisiatif Kementerian untuk Pembelajaran atas talian bagi kanak-kanak atau pelajar-pelajar yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS),Shahelmey berkata pihaknya akan meminta Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah untuk berhubung dengan Pegawai Daerah Pendidikan Beaufort.

“Kita mungkin boleh meminta PKOB yang ada di daerah Beaufort untuk berhubung dengan Pegawai Pendidikan Daerah untuk memudahkan kanak-kanak atau pelajar-pelajar yang terlibat di PPS ini mengikuti pembelajaran memalui Pengajaran dan Pembelajaran dirumah (PDPR) di PPS ini”

Shahelmey berkata demikian ketika melawat mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Dun Banir, Beaufort.

Turut Hadir semasa lawatan itu ialah Pembantu Menteri Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri Sabah merangkap ADUN Klias; YB Datuk Isnin Alisanih, ADUN Lumadan; YB Haji Ruslan Muharram, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah; Jais Asri dan Pegawai Daerah Beaufort; Abdul bin Imam Basirun.-pr/BNN