KOTA KINABALU; Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah ( PRESBAH ) menyambut baik dan mengucapkan tahniah kepada YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor atas langkah prihatin kerajaan negeri untuk mengagihkan 10 ribu unit komputer riba kepada pelajar kurang mampu di Sabah.

Presiden PRESBAH Hj.Yahya Hj.Ahmad dalam satu kenyataan akhbar berkata usaha ini sangat tepat malah harus disegerakan bagi membantu 9,842 pelajar tingkatan 5 dan 6 ( SPM, STPM, STAM) di Sabah.

Sudah tentu langkah positif ini dapat membantu pelajar mengikuti pembelajaran PDPr, secara maya terutama pada pasca pandemik Covid19, kstanya.

Menurut beliau, usaha ini juga dapat memastikan pelajar dalam kumpulan sasar tidak ketinggalan dalam sesi pembelajaran.

Presbah juga berharap supaya akses talian internet diperkasakan khususnya di kawasan luar bandar, supaya pelajar luar bandar akan turut sama dapat mengguna laptop sumbangan Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-pr/BNN