KOTA KINABALU: Para pemimpin Sabah harus banyak bermuhasabah, untuk terus fokus melaksanakan tanggung jawab disetiap posisi masing – masing.

Hj.Yahya Hj. Ahmad
Presiden PRESBAH dalam satu kenyataan akhbar berkata mana yang mampu di sumbangkan harus segera lakukan.

Bekerjalah dengan berdedikasi, cekap, prihatin dan beramanah sebagai menyahut tuntutan ibadah yang disaran agama. Kurangkan banyak bercakap, banyak pertikaian, tuding sana sini, kata nya.

‘ Political mileage itu dihindarkan sebab rakyat dalam sukar terbeban rasa bosan dan tiada masa untuk itu. Rakyat mahu lihat apa kerajaan dan mana – mana pemimpin tak kira parti mampu sumbangkan.”

Kerajaan Persekutuan biar dengan tanggung jawabnya. Kerajaan negeri biar dengan tanggung jawabnya, katanya lagi.

” Apa isunya mahu dipertikai. Mana yang boleh disepakati untuk kerjasama demi kebutuhan rakyat sila lakukan. Sebab itu bila kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia ada inisiatif ingin membantu membekalkan 150 ribu komputer riba yang mengikuti PdPR seluruh negara maka kita tengok sasaranya siapa. Tentunya pelajar tingkatan 3 (Sekolah Menengah) dan Tahun 4 (Sekolah Rendah) yang dianggarkan 29 ribu unit diagihkan untuk sabah .”

“Persoalanya cukupkah?. Jika tak cukup jangan pertikai, ambil dulu dan lakukan penambahbaikan dan penampungan disemua sudut keutamaan.”

Menurut beliau, tanggung jawab pihak kerajaan negeri adalah mencari bagaimana solusinya.

“Maka dengan langkah pengagihan 10 ribu unit komputer riba yang diusahakan kerajaan negeri untuk pelajar miskin tegar bagi mereka yang bekal mengambil peperiksaan SPM , STPM dan STAM sepertimana yang diumumkan YAB Ketua Menteri sudah tentu tepat.”

“Presbah dan pastinya rakyat mengalu – alukanya. Bantuan pakej lain jangan ganggu ianya sudah ada posisinya dan ada danyanya biarkan ia turun dan dinikmati rakyat. Ini cara kita melihat secara matang dan wajar.”

“Selaku Presiden Presbah sendiri, bila melibatkan fokus kerajaan atau mana – mana pihak tertumpu niat membantu rakyat ianya akan disokong dan harus diberi pujian. Sebab keadaan sekarang selain penumpuan melawan dan mengurus isu covid19, langkah meringankan beban rakyat juga harus tuntas dilakukan.”

Apa yang jelas, rakyat sekarang menikmati pelbagai agihan pakej bantuan yang berterusan selain pakej pemerkasa tambahan, kata Yahya.

“Jika ada yang bising kerana bermain politik tetapi dia sendiri, ahli keluarganya tergolong menikmatinya maka kita anggap perkara biasa dan abaikan permainan kurang bijak itu.”

Menurutnya, sikap yang baik adalah sikap sabar, bersyukur dan menghargai setiap apa jua kebaikan itu harus dilihat sebagai permata hatibudi pertimbangan.

“Saya juga harus bagi kredit kepada kerajaan negeri dan YAB Ketua Menteri atas bantuan prihatin covid 3.0 dengan menyediakan dana sebanyak RM155 juta sepertimana yang diumumkan oleh YAB Datuk Seri Haji Hajiji Noor. Dengan bantuan RM300 secara ‘one – off’ yang menyasarkan seramai 370,432 bakal penerima. Termasuk hasrat memotong gaji Menteri dan Pembantu Menteri untuk tempoh tertentu juga saya kira ini cukup baik.”

“Di pihak Presbah, saya lebih suka menganjurkan risalah budaya kasih sayang dan menghentikan tabiat ego dan suka berbencian. Kita tidak putus asa mendorong budaya sikap bermuafakat kepada semua pihak khususnya kalangan pemimpin pusat dan sabah sendiri yang mengurus rakyat ini atas minta mandat mahu jadi pemimpin atau jadi kerajaan.”

“Kerana muafakatlah kunci turunya rahmat. Kerana muafakatlah semua masalah negara, negeri, kawasan dan rakyat dapat kita damaikan majukan. Semua isu dan masalah dapat kita tumpu selesaikan maski adakala mengambil masa penyelesaian. Semua kelemahan, kesilapan dapat bersama diperbaiki. Semua pemerkasaan bantuan mampu bergerak turun beramanah dan lancar dijayakan. Semua martabat juga mampu dipertingkatkan. Kerana kekuatan manusia berjaya, sejahtera samada menjadi dipihak pengurus atau kelompok diurus maka kuncinya berbalik kepada amalan slogan keramat itu, “dimana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakatnya” .

Jika ini hidup maka baru semua cabang dan gerbang berjaya, sabah ini akan jauh berubah dan bergerak maju jaya, kata beliau.

” Kawal sentimen politik kurang matang, perkasa kandiri kematangan dari sikap kita. Kerana ianya antara penyumbang kebaikan atau keburukan. Khususnya mereka yang berada dalam arena politik, apalagi menjadi pemimpin tak kira anutan parti mana pun. Rakyat dan negeri sabah ini kena dibela jujur dan kena diutamakan, keharmonian kaum terus aman dikekalkan”.-pr/BNN