KOTA KINABALU: Berhenti memperbesarkan apalagi dijadikan permainan politik untuk isu pendirian keputusan kelonggaran oleh Kerajaan Negeri Sabah dan ingatan Menteri Kanan Ds.Ismail Sabri atas pendirian Kerajaan Negeri Sabah semalam.
Presiden PRESBAH Hj.Yahya Hj.Ahmad dalam satu kenyataan berkata kedua – duanya seharusnya diterima dengan prasangka baik, tenang dan sabar.
“Buat apa dijadikan rakyat perbalahan, prasangka buruk kepada kerajaan negeri, apalagi untuk melaga – lagakan dua belah pihak kerajaan. Apa juga peraturan manusia walau dipaku akta pun boleh diubah dan dibudi bicara secara muafakat dan mengikut keperluan. Yang tidak boleh diubah hanya ayat – ayat suci Al-quran kerana ianya kalam Allah dan kitab suci yang maha pencipta.”
Yahya berpendapat adalah sangat  tidak harmonis apalagi menunjuk cara bersikap kurang matang bila perincian SOP kerajaan negeri belum keluar dan pendirianya sedikit terhalang dipertikaikan.
“Teguran Menteri Pertahanan selaku Menteri Kanan perlu disambut positif lalu semua salah faham tidak wajar dicanang atsu diprovok digosip dengan menimbulkan persepsi buruk, fitnah, sangka jahat oleh segelintir orang atau pemimpin yang tidak sealiran kerajaan bagi mengapikan sentimen rakyat seolah gambaran YAB Ketua Menteri dan Kerajaan itu kurang bijak, lemah, gagal dan kurang berwibawa.”
Kata nya bila didalam kelompok pemimpin tak kira aliran mana, tak perlu jadi individu cemas dan  beremosi. Bagi orang awam juga,  tidak usah berbalah keliru dan menghasut sesama rakyat dan mudah dikelirukan atas perkara yang kita sendiri belum pasti.
“Siapa saja boleh mencerap keluhan dan kesusahan peniaga dan orang awam, itu baik dan tidak salah. Yang salah kita mengeruhkan keadaan dengan sangka – sangkaan, mencetuskan isu  bentuk provokasi yang belum tahu hujung pangkal juga dikira salah dan berdosa.”
“Lebih teruk ada golongan yang suka menjadi menyebar, mengedit bentuk gambaran buruk imej Ketua Menteri bagi strategi peluang menjatuhkan, menimbulkan aib orang dan langkah jelas strategi politik namun bagi kiita yang beragama tentu tidak elok dan satu perbuatan dosa. Suka menimbulkan persoalan, menunjuk orang dan pihak itu salah tak bijak dan gagal bukan juga satu sikap terpuji, hingga isu yang dikira setakat menguji cabaran soal kematangan dijadikan bahan propaganda yang disambut dengan kurang beriman seolah – olah dunia esok mahu kiamat. Seperti diri dan pengurusan kita lebih mulia dan lebih bijak.”
“Kita mengajak semua orang dan semua pihak untuk bersatu perbanyakkan sabar dan sentiasa berprasangka baik. Lebih penting menyerahkan kebijaksanaan kepada YAB Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri menghalusi urusanya. Tugas kita sebagai rakyat mendoakan dan mendukung perjuangan apa juga  yang murni. Sebab itu bagi saya ingatan atau teguran Menteri Kanan tak salah atas kapasitinya menjaga MKN, penjelasanya juga betul, memanglah benar segala keputusan mesyuarat itu ada wakil dari sabah, rasanya kalau tak silap tentu diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri ( SKN)  bukan Ketua Menteri. “
“Cuma jangan lupa, kita harus berlaku adil dan bijak mencerap senarionya bermula. Makanya pendirian YAB Ketua Menteri DSP.Haji Hajiji Haji Noor dan kerajaan negeri Sabah juga sangat tepat dan cukup tulus berniat baik untuk rakyatnya. Bahkan keputusan serta pendirian kerajaan juga tentu cukup kukuh berasas dari semua sudut pertimbangan.”
“Sedarkah kita, untuk apa semua itu kerajaan lakukan, sudah tentu dalam mengutamakan tumpuan kepada pandemik Covid-19 di Sabah, nun jauh disudut hati YAB Ketua Menteri sendiri dan Kerajaan Negeri sendiri dalam berat tentu ada kesedaran mendalam sebagai tanda kesihan dan prihatinya kepada nasib rakyatnya yang berbeza tahap hidup, dinding penjuru tempat, juga cabang pekerjaan untuk menyara keluarga akan sangat terkesan dan sana sini merayu menuntut pertimbangan kelapangan.”
“Bagi saya, selaku Presiden Presbah melihat isu ini, ianya bukan isu besar mana pun yang perlu dirumitkan, apalagi keperluan untuk dipolitikkan oleh mana – mana pihak. Ianya soal prosedur saja perlu dihalusi dan diselesaikan secara baik. Maka pendirian kerajaan negeri harus disambut dengan prasangka baik dan memerlukan sokongan penuh.”
“Pada masa yang sama juga peranan Setiausaha Kerajaan Negeri harus dituntut lebih hadam mengurus pendirian kerajaan,  bijak dan cekap mengurus niat baik YAB Ketua Menteri dan pemudah cara di pihak Kerajaan Negeri. Dipundaknya segala- galanya ada gelang amanah dan cerminan imej kerajaan. Semua persiapan dan membawa pendirian kerajaan juga harus mantap berhemah dan berasas , manakala penjelasan prosedur terbaik kepada MKN peringkat persekutuan juga wajar meyakinkan. “
“Anggaplah perkara ini satu ujian untuk kita semua. Yang datang diluar jangka sebagai satu cabaran kecil untuk Allah menguji iman dan kematangan kita,  saat kita semua berada dalam tanggungan beban. Jadikan muhasabah dan istiqamah cekal bertabah dalam mengurus perbezaan dalam menghala kebersamaan prihatin melapangkan beban tanpa berbencian.”
“Dalam kita berbalah soal akta dan pendirian jangan sesakali lupa memahami cerapan fakta kes covid-19 di sabah dan kesusahan rakyat sabah khususnya,  harus menjadi timbang tara bagi meletakan keadilan. melancarkan keputusan, memperincikan pendirian terbaik. Sebagai pemimpin Presbah, Ngo rakyat yang dekat dengan bisik keluhan rakyat sabah, sudah tentu kita bulat menyokong pendirian YAB Ketua Menteri Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah amnya bagi membuka sedikit kelonggaran SOP  yang paksinya cukup berwibawa, teguh kukuh dan berasas.” -pr/BNN