KOTA KINABLU: Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia,  Senator Datuk Guandee Kohoi  menyampaikan 550 Bakul Makanan kepada beberapa pemimpin masyarakat dari Kudat, Kota Marudu dan Kota Belud.
Pemimpin-pemimpin masyarakat akar umbi yang terlibat ialah :
Andry Juhui dari Banggi, Henry Motimbun dari Bengkoka, Masandur Madee dari Pitas,
Julian Joe Datuk Ohjihi dari Tanjung Kapor, Marunsai Dawai dari Matunggong,  Saban Sawayan dari Bandau,  Joel Masilung dari Tandek,  Suwah Bulleh dari Tempasuk, Hamid Jamal dari Usukan,  Raplin Samat dari Pintasan dan Ukoh Jeremy Malajad dari Kadamaian.
Kesemua 11 kawasan ini, masing-masing telah menerima 50 Bakul makanan.
Majlis penyerahan bakul makanan ini dilakukan secara simbolik sahaja dan hanya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin masyarakat akar umbi yang terlibat dan SOP dipatuhi sepenuhnya.
Menurut pemimpin-pemimpin itu, para penerima bantuan bakul makanan ini telah dikenal pasti dan akan menyampaikan kepada mereka.
 Guandee menjelaskan bahawa bantuan daripada kementeriannya ini adalah peruntukan untuk perkara berkaitan pelancongan.  Oleh kerana arena pelancongan tidak dapat bergiat aktif pada masa Pandemik Covid-19 ini, maka peruntukan tersebut digunakan untuk tujuan yang lebih mendesak iaitu bantuan makanan.
Beliau berharap agar bantuan ini dapat meringankan sedikit bebanan pihak-pihak yang terkesan.  Tindakan ini juga menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada rakyat dan sentiasa mengambil kesempatan untuk membantu rakyat.-pr/BNN
Penerima bantuan dari Kota Belud, Tempasuk, Usukan Pintasan dan Kadamaian