KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) yang baharu, Dr Rose Nani Mudin, di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini hari ini.

Rose Nani, anak jati Sabah yang berasal dari Papar memulakan tugas sebagai Pengarah JKNS berkuatkuasa pada 13 Julai bagi menggantikan Datuk Dr Christina Rundi.-pr/BNN