KOTA KINABALU: Pesawat C-130H dari No 14 Skuadron TUDM telah terlibat dalam melaksanakan penghantaran vaksin dan peralatan perubatan dari Kuching, Sibu dan Bintulu ke Tawau.
Penghantaran vaksin ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri Sabah dalam meningkatkan pemberian vaksin di kalangan rakyat Sabah bagi mencapai sasaran imunisasi kelompok iaitu 80 peratus (80%) rakyat Sabah telah divaksin pada Oktober 2021.
Pengambilan vaksin ini adalah jenis Comirnaty daripada sumbangan MKN Negeri Sarawak kepada MKN Negeri Sabah.
Penghantaran vaksin ini adalah bertujuan untuk mencapai hasrat kerajaan dalam melaksanakan pemberian vaksin di PPV Outreach untuk membantu mempercepatkan proses vaksinasi di kawasan-kawasan pedalaman seterusnya menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Kesemua vaksin dan peralatan perubatan ini telah dibekalkan oleh Pejabat Farmasi Bahagian Sibu dan antara barang-barang tersebut ialah enam karton syringE, dua karton vaksin, tiga karton sodium chloride injection dan dua karton kad vaksin.
Pesawat C-130H TUDM telah terbang dari Lapangan Terbang Kuching pada jam 12.20 tengahari dan selamat tiba di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 1.30 tengahari. Vaksin dan peralatan perubatan seterusnya selamat tiba di Lapangan Terbang Tawau pada jam 4.454 petang. Pesawat telah dikendalikan oleh Kapt Mohamad Zulkarnain bin Johari TUDM selaku juruterbang, Kapt Owi Wei Lunn TUDM selaku pembantu juruterbang dan dibantu oleh Kapt Muhammad Haikal bin Rasdi TUDM selaku navigator penerbangan.
Kerjasama antara ATM dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam membantu menjayakan program vaksinasi negara perlu diteruskan agar lebih ramai rakyat berjaya mendapat suntikan vaksin dalam mencapai ‘herd immunity’.-pr/BNN