KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ellron Angin dan rombongan di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Menara Kinabalu, hari ini.

Ellron memberi taklimat dan menjemput Hajiji merasmikan sambutan Hari Belia Negeri Sabah dan Hari Sukan Negara yang akan diadakan dalam bulan Oktober 2021.

Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sabah akan diadakan pada 9 Oktober 2021 di Gelanggang Bola Tampar, Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.

Sementara perasmian Hari Belia Peringkat Negeri Sabah 2021 akan diadakan pada 16 Oktober 2021 di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu, Kota Kinabalu.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Encik Andi Muhammad Suryady Haji Bandy, Setiausaha Tetap Kementrian, Encik Mansur Haji Asun, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Sabah, Encik Apui Jan, Pengarah Majlis Sukan Negeri, Encik Mohd Asneh Mohd.Noor dan Timbalan Presiden Majlis Belia Sabah, Encik Abqaree Fawaz Abekan.-pr/BNN

Hajiji (lima dari kiri) bersama Ellron (empat dari kiri), Andi Muhammad Suryady (tiga dari kanan) menunjukkan poster sambutan Hari Belia Peringkat Negeri dan Hari Sukan Negara semasa kunjungan itu.