KOTA KINABALU: Pejabat Menteri Timbalan Ketua menafikan mesej tular mengenai kenyataan media UMNO Sabah hilang Kepercayaan terhadap Ketua Menteri yang tular di media sosial dan di beberapa kumpulan WhatsApp .
Setiausaha akhbar kepada Timbalan Ketua Menteri Jaafar Abd Wahid menerusi kenyataan medianya memaklumkan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yang juga Ketua UMNO Sabah tidak ada membuat sebarang kenyataan media mengenai perkara tersebut.
Menurut Jaafar kenyataan media tersebut telah diedit oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil kira setuasi politik yang berlaku di Melaka ketika ini.
“Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak mempercayai berita ini dan menularkannya di media sosial katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Menurut Jaafar perubatan mengedit kenyataan media ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan politik mereka.-pr/BNN