KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah berpuashati dengan laporan peratus vaksinasi lengkap Negeri Sabah setakat 11 Oktober 2021 oleh Jawatankuasa COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) telah mencapai melebihi 70%.

Menurut kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor, selaras dengan itu, Kerajaan Negeri pada hari ini bersetuju supaya RENTAS DAERAH DIBENARKAN di seluruh negeri mulai 14 Oktober 2021 dengan syarat:

(a). Individu telah lengkap divaksin;
(c). Remaja berumur 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin;
(d). Kanak-Kanak di bawah 12 tahun ditemani oleh ibu bapa yang telah lengkap divaksin;

Kerajaan Negeri turut bersetuju MEMBENARKAN RENTAS NEGERI mulai 01 November 2021. Kemasukan ke Sabah meliputi lawatan sosial dan pelancongan adalah dibenarkan dengan syarat:

(a). Individu telah lengkap divaksin;
(b). Perlu menjalani ujian COVID-19 RT-PCR atau RTK-Ag (Swab/Saliva) dalam tempoh tiga (3) hari sebelum perjalanan;
(c). Remaja berumur 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin;
(d). Kanak-Kanak di bawah 12 tahun ditemani oleh ibu bapa yang telah lengkap divaksin.-pr/BNN