KOTA KINABALU: Lebih daripada satu generasi telah berlalu sejak parti ini ditubuhkan.
Dalam satu generasi ini, Malaysia telah melalui banyak perubahan politik, khususnya dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini, sejak kuasa monopoli politik dipecahkan oleh pilihan raya umum 2018.
Norma baharu Malaysia ialah perkongsian kuasa di kalangan beberapa parti politik. Dalam kes SAPP, saya dapat melihat peningkatan perkongsian kuasa antara Sabah, Sarawak dan kerajaan persekutuan. Inilah jendela peluang besar yang telah diperkatakan oleh SAPP sejak 2008.
Kemajuan dalam pematuhan MA63 akhirnya terbentuk, sejak tahun 2010 apabila SAPP mula membawa isu MA63 ke arus perdana negara melalui pilihan raya kecil.
Antara perjuangan utama parti ini ialah Kad Pengenalan Sabah (Sabah IC) untuk menjadikan rakyat Malaysia  yang sah di Sabah, kembalinya Labuan ke Sabah dan perkongsian adil sumber asli minyak dan gas kita, yang semuanya selaras dengan pematuhan MA63. Perjuangan kami untuk reformasi tanah, termasuk menghidupkan semula pemilikan tanah selama 999 tahun, dan desentralisasi Sistem Residensi akan diteruskan di semua peringkat kerajaan. Tidak dilupakan tentang pencarian kami untuk kebenaran bagi Tragedi Double 6 1976.
Saya menyeru ahli SAPP supaya berada pada tahap kepekaan situasi yang tinggi, iaitu memahami tipu daya politik yang berlaku di sekeliling kita, di Sabah dan di peringkat persekutuan. Hanya apabila kita mempunyai kepekaan terhadap situasi, maka kita boleh mengadakan penglibatan yang membina dengan parti politik lain yang berkongsi matlamat yang sama dengan SAPP.
Saya merakamkan rasa hormat saya kepada ahli-ahli kita yang telah menjadi pejuang kental dalam pertempuran selama ini. Saya merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli kita diatas kesetiaan dan dedikasi mereka kepada parti. Walaupun kita hanya mempunyai sedikit akses kepada kuasa politik pada masa ini, saya yakin ahli SAPP akan terus melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat dan melonjakkan Sabah, dan Malaysia, ke tahap yang lebih tinggi dalam apa cara sekalipun.
Terima kasih.
Datuk Yong Teck Lee