KOTA KINABALU,: Tiada yang dapat diungkapkan apabila menerima segulung ijazah bagi seorang graduan. Suka duka, kenangan menjadi seorang mahasiswi di negara orang menggamit seribu kenangan buat Nur Liyana Razali.
Nur Liyana, 26, merupakan anak pertama di antara tiga orang adik beradik, berketurunan Brunei-Murut berasal dari Papar, Sabah.
Beliau ialah pemegang ijazah Sarjana (Masters Degree in Engineering) dari the University of Manchester, United Kingdom.
Menurut ayah Nur Liyana, Razali Haji Matali, 51, Liyana sepatutnya bergraduasi pada tahun 2020, namun disebabkan pandemik Covid-19, ia terpaksa ditangguhkan.
“Alhamdulilah saya, isteri serta dua lagi anak kami dapat menghadiri majlis graduasi pada 20 Mac baru-baru ini.
“Sebagai orang tua, saya  sangat gembira atas kejayaan Nur Liyana dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri melalui Yayasan Sabah yang memberikan biasiswa kepada Liyana,” katanya.
Apa yang menarik ialah, pada hari Majlis Graduasi yang diadakan di Universiti of Manchester, Nur Liyana mengenakan pakaian etnik Murut Nabai.
“Saya amat gembira dapat menerima segulung ijazah Sarjana dan dapat mempamerkan kebudayaan Sabah-Borneo, dari suku kaum Murut daripada keturunan sebelah ibu,”kata Nur Liyana ketika dihubungi media.
Nur Liyana kini sedang bertugas sebagai Management Trainee di syarikat Nestle Malaysia, di Kuala Lumpur.,-pr/BNN
Nur Liyana