KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengucapkan
selamat berjaya kepada adik Amberly Maidon dan Hayden Hansanon Humprey Suimin
yang dipilih mewakili pasukan Malaysia ke World Championship of Performing Arts
(WCOPA) yang akan berlangsung di Disneyland, California, Amerika Syarikat pada 21
Julai hingga 2 Ogos 2022.
“Saya bangga dengan adik Amberly dan Hayden kerana dipilih mewakili negara ke
WCOPA. Mereka akan membawa nama negeri Sabah, Malaysia ke persada dunia. Saya
yakin mereka mampu melakukan yang terbaik. Saya mengucapkan selamat berjaya”,
kata Hajiji semasa menemui Amberly dan ibu-bapanya di pejabatnya di Menara Kinabalu,
hari ini.
Hanya 2 orang dari Sabah dipilih mewakili negeri ini ke WCOPA, yang juga dikenali
sebagai “Olympics for Performers and Entertainers”, telah melahirkan ramai artis hebat
di Malaysia seperti Fanzi Ruji, Eylia Guntabid, Aina Abdul dan allahyarham Siti Sarah.
Amberly, 15 akan bertanding dalam kategori Vokal Junior (untuk umur 13 ke 15 tahun)
dan Hayden dalam kategori Vokal Senior (umur 18 ke 24 tahun). Amberly, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin, Penampang telah memenangi pingat Emas dalam Malaysia Championship of Performing Arts (MCOPA) 2021.-pr/BNN