KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Warisan Datuk Darell Leiking diberitahu supaya tidak keliru mengenai perbezaan antara Pas Sementara Sabah (PSS) dan cadangan ‘kad’ untuk pendatang di negeri ini.
Naib Presiden Parti Solidariti Tanahairku (Sabah Star) Kenny Chua menjelaskan antara objektif utama pelaksanaan ‘kad’ yang dicadangkan itu adalah untuk membangunkan pangkalan data pendatang di negeri ini yang merangkumi pelarian perang dan orang tanpa kerakyatan.
Beliau menegaskan, tidak seperti PSS yang boleh diperbaharui setiap 3 tahun, kad data yang dicadangkan itu tidak dan ia tidak boleh dikelirukan dengan kad pengenalan.
“Setiap kali kita menggunakan perkataan ‘kad’, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita ialah dokumen sah identiti peribadi seperti IC atau sijil kelahiran kita. Projek ini bukan tentang ini. Ia pada asasnya adalah kaedah pengiraan kewujudan pendatang di Sabah dan data ini perlu dimiliki oleh kerajaan negeri.
“Untuk masa yang lama kita mempunyai gajah besar (masalah) ini di dalam bilik dan sukar untuk kita selesaikan. Kelemahan terbesar kita adalah kerana kita tidak mempunyai data konkrit. Kita tidak tahu berapa nombor tepat mereka di negeri ini kerana mereka sentiasa berpindah. Kita tidak tahu di mana mereka berada di Sabah.
“Sebagai rakyat Sabah, Darell sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan sekarang kerana memberikan penyelesaian kepada masalah berpuluh tahun ini dan bukannya mempolitikkannya. Atau mungkin dia hanya keliru,” katanya dalam satu kenyataan.
Darell dilaporkan berkata bahawa kedua-dua PSS dan kad pengenalan khas adalah serupa.
Tetapi Chua menegaskan kedua-duanya tidak sama.
Beliau juga menegaskan data penduduk sama ada warganegara atau bukan warganegara di Sabah sentiasa disimpan oleh pihak berkuasa persekutuan.
“Sudah tiba masanya kita mempunyai pangkalan data sendiri kerana mereka ini telah lama berada di tanah air kita dan kita perlu tahu dengan tepat siapa mereka dan di mana mereka berada. Ini termasuk semua mereka yang tiada kerakyatan dan kanak-kanak tanpa kerakyatan,” katanya.
Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dilaporkan berkata baru-baru ini bahawa ia akan menjadi sistem data bersepadu yang akan dipantau oleh pihak berkuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri dan agensi penguatkuasaan lain.
Beliau berkata kerajaan masih belum lagi mempunyai nama untuk dokumen itu dan menyedari sensitiviti penggunaan perkataan ‘kad’.
Beliau berkata projek itu tertumpu kepada “inland foreigners” (warga asing dalaman)
“Warga asing dalaman” ini adalah pelarian perang Filipina yang diberikan Pas Imigresen (Imm13), Sijil Banci (dikeluarkan oleh Pasukan Petugas Khas) dan Kad Burung Burung (dikeluarkan pada 1980-an oleh kerajaan negeri), katanya pada Khamis (2 Jun) selepas Sesi Town Hall Pendataan Warga Asing Negeri Sabah.
Beliau berkata langkah mendapatkan data biometrik serta mengeluarkan kad akan memastikan hak asasi manusia pendatang asing dihormati dan memastikan kedaulatan Sabah tidak terancam dengan kehadiran mereka.
Menyentuh Sesi Town Hall, Chua berkata ia menunjukkan kerajaan negeri GRS inklusif kerana ia melibatkan PHEDNP, MKN Negeri Sabah, MKN Negeri Sabah, PDRM, JPBN, SUHAKAM, pemimpin-pemimpin politik termasuk dari pihak pembangkang, wakil-wakil Anak Negeri, NGO-NGO dan pemimpin-pemimpin masyarakat.
 “Dilaporkan semasa sesi pengundian, 89 peratus hadirin menyokong inisiatif projek ini, manakala 99 peratus mengundi menyokong pendigitalan data. Ini adalah baik sebagai mandat untuk kita meneruskan dalam melaksanakan penyelesaian ini.”
“Sedangkan PSS tidak melalui proses perundingan dengan pihak berkepentingan seperti yang kita lakukan. Kita hanya mendengar ia diumumkan di parlimen.
“Jadi, jika Darell atau sesiapa sahaja masih berkata ia sama dan mahu terus mempolitikkan perkara ini, maka dia harus bertanya kepada majoriti yang telah mengundi menyokong. Pastinya mereka menyangka inilah jalan ke hadapan untuk Sabah. Kita semua sudah lama mendambakan jalan penyelesaian, bukanlah tambahan baru sebagai bahan politik yang hanya akan terus memecahbelahkan kita rakyat Sabah,” katanya.

-pr/BNN