KOTA KINABALU: University College Sabah Foundation (UCSF)  mempertahankan gelaran juara bertahannya pada Kejohanan MASISWA Zon Sabah 2022 yang bermula 13 hingga 15 Oktober 2022 di sekitar Kota Kinabalu.
Selaku juara bertahan, UCSF akan mempertaruhkan gelaran juara bertahan selama dua tahun pada kejohanan kali ini.
Ini merupakan tahun ke enam UCSF menyertai kejohanan itu yang bertujuan untuk mengangkat bakat atlit sukan terutamanya dari Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) ke peringkat yang lebih tinggi.
Seramai 95 atlit UCSF akan berentap dalam 9 acara sukan yang dipertandingkan sepanjang kejohanan itu, terdiri daripada acara bola tampar (lelaki & wanita), futsal (lelaki & wanita), badminton (lelaki & wanita), bola jaring, aerodance, boling, catur, e-sports  dan tarik tali.
Kontinjen UCSF akan diketuai oleh Encik Willmin Shahimin Gustimin yang juga jurulatih bagi pasukan e-sports UCSF. Turut bersama-sama beliau ialah jurulatih dan pengurus pasukan iaitu Encik Adie Azizan Abd Hamid (Boling), Encik Harifin Bin Lokman (Futsal (lelaki)), Encik Jumat Said (Futsal(Wanita)), Encik William AK Bunyau (Badminton), Encik Jeizer Elvy Joseph (Tarik Tali), Puan Eirzian Binti Bujang (Aerodance), Puan Norsakilahwati Kassim (Bola Jaring), Encik Maslin Sumar (Catur), Encik Rumansah Adam (Bola Tampar(Lelaki)), Encik Azmi bin Yusop (Bola Tampar(Wanita)), Cik Laila Binti Salasah (Pengurus Pasukan Futsal) dan Puan Sharmimiee Binti Mohd Hussain (Pengurus Pasukan Badminton).
Sementara itu, Naib Canselor UCSF, Dr Rafiq Idris dalam amanatnya semasa majlis penyerahan bendera kontinjen menegaskan bahawa UCSF menggalakkan pelajar bergiat aktif dalam hal berkaitan sukan.
Katanya, selain memberi tumpuan terhadap bidang akademik, sukan juga merupakan satu aspek yang penting bagi para pelajar.
“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar untuk MASISWA 2022. Lakukan yang terbaik buat UCSF”, tegasnya.
Kejohanan kali ini turut menyaksikan penyertaan sebanyak 18 buah IPTS, dengan venue pertandingan akan berlangsung di sekitar Kota Kinabalu.-pr/BNN