KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor
menyerahkan 7 buah kereta jenis hilux kepada 7 pejabat kawasan Unit Pemimpin
Pembangunan Masyarakat (UPPM) Jabatan Ketua Menteri di lobi utama Menara
Kinabalu, dekat sini, hari ini. Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri menyerahkan replika kunci kereta kepada

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)
Karanaan, Kiulu, Tambunan, Sindumin, Lumadan, Nabawan dan Labuk. Pengarah UPPM Negeri, Datuk Matbali Haji Musah dalam taklimatnya kepada Hajiji
berkata, penyerahan 7 buah kereta pacuan 4 roda itu merupakan penyerahan fasa
pertama. Katanya, untuk tahun ini UPPM dijangka akan menyerahkan sebanyak 40 buah kereta untuk kegunaan pejabat kawasan UPPM. Manakala bakinya 33 buah lagi akan
diserahkan pada tahun hadapan.

“Kereta ini adalah untuk kegunaan PPM dan kakitangan pejabat kawasan UPPM yang
sering turun padang melawat kampung-kampung dan rakyat yang menghadapi
masalah dalam kawasan DUN masing-masing, termasuk masalah banjir dan lain-lain”, katanya.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar
Untong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Haji Ruslan Muharam
dan Pegawai Tadbir UPPM, Hajah Musliati Moslimin. -pr/BNN