KOTA KINABALU: Sudah berulang kali kita di Sabah dijanjikan pengembalian semula hak Sabah 100% seperti yang termaktub dalam Laporan IGC 1962 dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) namun selepas PRU apabila berkuasa perkara ini tidak pernah berlaku.

Dalam satu kenyataan akhbar DatukAnsari Abdullah, Timbalan Presiden Parti Cinta Sabah berkata pelbagai pihak berjanji manis di hadapan rakyat Kimanis pada PRU 14 dan PRN (2020) yang dijanjikan tidak pernah dilaksanakan.

“Sedihnya rakyat Sabah apabila janji hanya Tinggal janji dan rakyat Sabah masih menunggu segala yang termaktub untuk dilaksanakan di Sabah sehingga hari ini.

“Oleh itu, atas desakan serta permintaan rakyat Sabah khususnya Kimanis, saya boleh jamin bahawa Parti Cinta Sabah hampir pasti bertanding di Parlimen Kimanis pada PRU 15 ini,” katanya.

“Tujuan Parti Cinta Sabah bukanlah untuk merebut jawatan mahupun ganjaran. Apa yang penting kepada kami di Parti Cinta Sabah adalah mendapatkan hak rakyat Sabah seperti apa yang termaktub secara keseluruhannya dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan laporan IGC 1962.

“Kami mendapat pelbagai tawaran daripada pelbagai pihak namun demikian kami hanya
bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti mahupun individu yang boleh membantu
mencapai matlamat kami dan bukan hanya berjanji kosong.

“Kami rakyat Sabah sudah penat dijanji dan dipermainkan. Terlalu lama kekayaan bumi Sabah diambil dan tidak diberikan kembali demi kepentingan anak-anak jati Sabah. Anak-anak Sabah masih bergelut mencari pekerjaan dan rezeki di bumi sendiri. Seolah-olah pendatang di Negeri dan Negara sendiri.

Mungkin sudah tiba masanya rakyat Sabah berubah arah ke pakatan baru demi kepentingan dan hak rakyat Sabah, katanya.

Menurut beliau, jika PBRS dan Star yang l-masing mempunyai satu kerusi sahaja boleh
bersuara kenapa tidak Parti Cinta Sabah?

“Parti Cinta Sabah tetap utuh dengan perjuangan kami iaitu perjuangan menegakkan dan
mengembalikan hak rakyat Sabah. Cukuplah rakyat Sabah dipermainkan dan dijanji berpuluh tahun tanpa pelaksaan serta komitmen sepenuhnya. Cukuplah rakyat Sabah dilayan seolah-olah pengemis di bumi sendiri,” katanya.-pr/BNN