KOTA KINABALU:  Calon Barisan Nasional (BN) bagi Perliman P.181 Tenom Jamawi Jaafar (gambar)  berazam menawarkan pelbagai agenda bagi menyambung yang tergendala
Jamawi 48 lulusan Sarjna Muda Sain Pertanian  dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM)  menjadi Ahli Dewan Undangan negeri  (ADUN)  Kemabong 2018-2020 ,berkata beliau bersyukur kerana terpilih sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15  (PRU15) kali ini dan berjanji akan memikul amanah itu dengan sebaiknya.
” Saya amat berterima kasih atas kepercayaan kepimpinan tertinggi (BN) khususnya kepada Pengerusi BN Pusat Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi (BN) Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yang meletakan kepercayaan memilih saya sebagai calon BN di kawasan Parlimen Tenom , ini merupakan satu amanah serta tanggungjawab besar yang perlu saya galas bagi mempastikan Parlimen Tenom salah satu penyumbang kemenangan BN bagi membentuk kerajaan yang lebih stabil ” katanya ketika ditemui selepas pengumuman serentak  calon-calon BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di sini kemarin.
Pengumuman calon-calon yang bakal bertanding pada PRU Ke-15 kali ini masing-masing diumumkan oleh Pengerusi GRS Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan bagi calon-calon BN diumumkan oleh Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin.
Ditanya peluang beliau pada PRU kali ini, Jamawi yang juga bekas Ketua Pemuda Umno bahagian Tenom berkata pengalaman beliau ketika  memaggang jawatan Ketua Pemuda Umno Tenom, beliau sering turun padang melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan termasuk kebajikan sekali gus menjadikan  Tenom yang merangkumi dua kawasan DUN Kemabong dan Melalap  bukanlah  kawasan yang asing bagi beliau.
” Saya pernah menjadi wakil rakyat Kemabong dan menjadi calon BN Dun  Melalap pada PRN ke-16 dalam kawasan Parlimen Tenom, pengalaman ini mendekatkan saya dengan kehidupan rakyat di kawasan ini bagi   memahami aspirasi mereka terutamanya dalam aspek pembangunan .Tugas  menyantuni masyarakat termasuk golongan muda dan kebajikan terus saya laksanakan walaupun tanpa jawatan dalam politik selepas menjadi Adun Kemabong  ” jelas Jamawi.
Menurut Jamawi semasa menjadi Adun Kemabong banyak program program pembangunan dapat beliau bawa ke kawasan tersebut termasuk di kawasan Melalap dan apabila berlaku ketidakstabilan politik di negeri ini , sebahagian daripada  perancangan untuk membawa lebih banyak pembangunan ke kawasan tersebut tergendala dan peluang menjadi calon BN pada PRU kali ini sekiranya  mendapat mandat  dari rakyat di kawasan tersebut segala agenda pembangunan yang dirancang dan tergendala  sebelum ini akan diteruskan.
” Kawasan ini sememangnya berpoentasi bersar untuk dibangunkan dan  dimajukan terutamanya dalam sektor pertanian dan pelancongan justeru tumpuan akan saya berikan kepada sektor ini disamping mempastikan segala kemudahan insfrastrukur asas jalanraya,bekalan air,elektrik, pendidikan,kebajikan kesihatan dan lain lain akan diberikan perhatian” katanya.
Dalam perkembangan yang sama Jamawi yang juga Bekas Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia berkata dalam Bajet 2023 Sabah  menerima peruntukan RM6.3 bilion bagi projek infrastruktur  air,elektrik,jalanraya kesihatan dan kemudahan pendidikan dimana Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan Bajet tersebut akan diteruskan sekiranya BN dapat membentuk kerajaan selepas PRU ke-15
” Bagi menjamin pembangunan dan kemakmuran di negeri ini berterusan,  amat penting bagi rakyat di negeri ini khususnya di Tenom  dalam PRU kali ini  memberikan sokongan padu kepada BN agar apa yang dirancang dan telah dibentangkan dalam Bajet 2023 dapat dilaksanakankan, jika rakyat tersalah pilih kerajaan sudah tentu perancangan yang baik ini segala dasar dan pendekatan akan berubah yang akhirnya membawa kerunginan kepada rakyat khususnya di Sabah” tambah Jamawi.-pr/BNN