KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung DAP yang juga Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook, di Mandarin Oriental di Kuala Lumpur, pada Isnin.

Antara pemimpin DAP yang turut menyertai pertemuan kepada Ketua Menteri itu ialah Ahli Parlimen Kota Kinabalu yang juga AJK DAP negeri, Chan Foong Hin,

Pelbagai perkara dibincangkan dalam pertemuan itu termasuk komitmen kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan; Ahli
Parlimen Tawau, Lo Su Fui dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Dr
Roland Chia.

Pada Ahad, Anthony dan Chan turut menyertai rombongan Ketua Menteri yang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di
Pejabatnya di Putrajaya, Kuala Lumpur.-pr/BNN