KOTA KINABALU:Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) meneruskan pelaksanaan Operasi
Bersepadu di Daerah Lahad Datu dari 1 hingga 6 Disember 2022 bagi menguatkuasakan undang-undang di samping mengekang elemen jenayah rentas sempadan melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara, ketenteraman awam dan kesejahteraan masyarakat khasnya di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Menurut kenyataan akhbar Yang dikeluarkan oleh DCP Datuk Hamzah Haji Ahmad   Komander ESSCOM sepanjang tempoh operasi, sejumlah 1,331 pemeriksaan fizikal terhadap orang, 205 kenderaan serta 486 rumah dan premis telah dilaksanakan.

Daripada jumlaht ersebut, seramai 19 PATI ditahan mengikut peruntukan Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 sebelum diusir pulang ke negara asal. Manakala, sebanyak 26k eping saman trafik dan lima saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dikeluarkana tas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jumlah nilair ampasan Operasi Bersepadu sebanyak RM2,002.00 yang terdiri daripada rokoks eludup pelbagai jenama menyumbang kepada nilai rampasan tertinggi.

Di sampingi tu, 14 kompaun Majlis Daerah dikeluarkan atas kesalahan tidak memiliki lesenp erdagangan dan pengendalian makanan telah dikeluarkan selain tindakanp emotongan penyambungan wayar elektrik haram di Kampung Panji.

Operasi Bersepadu ini melibatkan seramai 80 pegawai dan anggota daripada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Pejabat Daerah, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan
Kastam Diraja Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Sukarelawan Malaysia,
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Majlis Daerah dan Sabah Electricity Sdn. Bhd.

Pada kesempatan ini, ESSCOM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi yang terlibat khususnya para pegawai dan anggota yang
menjayakan operasi. ESSCOM juga akan mempergiat operasi seumpama ini bagi mengekang mana-mana elemen yang boleh mengganggu-gugat keselamatan  dan kesejahteraan awam.

Sehubungan itu, masyarakat diseru untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang
insiden keselamatan di ESS Zone ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863 181 atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 011-63311072.-pr/BNN