PUTRAJAYA: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang jugaPengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menandatangani perjanjian Permuafakatan Antara Gabungan Di Bawah Kerajaan Perpaduan di Pejabat Perdana Menteri (PM), Putrajaya, hari ini.

Pengerusi dan Setiausaha Agong 5 gabungan menandatangani perjanjian itu termasuk
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dato’
Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji
Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dan Presiden Part Warisan, Datuk
Seri Panglima Mod Shafie Apdal.

Bercakap pada majlis itu, Hajiji yakin Kerajaan Perpaduan Malaysia dibawah pimpinan
Anwar akan membawa kestabilan politik di negara ini amnya dan Sabah khasnya.

“Ini adalah sesuatu yang istimewa untuk menyatu-padukan rakyat Malaysia. Kita di
Sabah amat memerlukan suasana seumpama ini kerana ia boleh memberi suatu
harapan yang begitu baik kepada Sabah terutama dalam aspek ekonomi dan
pembangunan, memandangkan Sabah sebuah negeri yang agak besar”.

“Inilah matlamat kita. Saya yakin Kerajaan Perpaduan akan menjadi Kerajaan yang kuat
dan Kerajaan yang diharapkan oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini”, katanya.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Panglima Masidi
Manjun yang juga Setiausaha GRS turut menandatangani perjanjian itu itu mewakili
GRS.

GRS merupakan antara 5 gabungan utama yang menyokong Kerajaan Perpaduan
Malaysia. Gabungan lain ialah Pakatan Harapan (PH), BN, Gabungan Parti Sarawak
(GPS) dan Warisan.-pr/BNN