KOTA KINABALU: Film berunsur sejarah Sabah seperti “Silence of The 177” perlu dihayatioleh generasi muda negeri ini, kata Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag.

Katanya, ini penting agar anak-anak muda memahami sejarah perjuangan generasi terdahulu dalam menentang penjajah asing.

“Generasi muda perlu didedahkan dengan film-film patriotik tempatan yang mengetengahkan kisah benar perjuangan para pejuang kita menentang penjajah kerana ramai dikalangan mereka tidak tahu tentang kisah dan sejarah tersebut”.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengarah dan Penerbit filem “The Silence of the 177”, Encik Marcellus Abas dan krew kerana berjaya menerbitkan film kisah sejarah Sabah.

“Ini merupakan film sejarah Sabah yang kedua diterbitkan selepas film Mat Salleh Pahlawan Sabah yang diterbitkan pada era awal 80an yang mengisahkan penentangan terhadap penjajah”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat daripada rombongan Institut
Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) dan Marcellus Abas di kediaman rasmi Ketua
Menteri, Sri Gaya, hari ini.

IKRAR yang diketuai oleh Pengarahnya, Encik Azrul Ibrahim turut menjemput Juliah bersama- sama ratusan belia untuk menyaksikan tayangan film “The Silence of the 177” yang akan mulai ditayangkan di seluruh negara bermula 12 Januari 2023.

Juliah berharap lebih banyak film mengenai sejarah negeri ini akan diketengahkan oleh
pengarah dan penerbit film, termasuk kisah Bobohizan yang memainkan peranan penting
dalam perayaan Pesta Kaamatan.

“Kisah mengenai Bobohizan semakin dilupakan oleh generasi muda negeri ini, usaha perlu
dibuat untuk membuat film mengenainya”, tambahnya.

Sementara itu, Azrul berkata IKRAR akan membantu promosi film “The Silence of the 177” sebagai usaha membantu penggiat seni tempatan yang mengetengahkan film berunsur
sejarah Sabah.-pr/BNN