TAWAU: Presiden Pertubuhan Kebajikan Santun Kasih Sabah (Persantun) Datuk Najib Tay Abdullah menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang diketuai oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Najib berkata, keputusan beliau menyertai Gagasan Rakyat kerana ideologi dan matlamat politik parti itu selaras dengan kepercayaannya sendiri.
Beliau percaya Gagasan Rakyat sebagai parti berbilang kaum akan meningkatkan kesejahteraan rakyat Sabah dan mewujudkan peluang pembangunan di negeri itu.
Beliau juga menggesa masyarakat Cina di Sabah untuk menyokong parti tempatan dan menyokong kepimpinan Hajiji dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memperjuangkan kepentingan negeri dan rakyat yang lebih baik.
Najib berkata Gagasan Rakyat di bawah  GRS telah mewujudkan persekitaran inklusif dengan matlamat untuk kemajuan  dan pembangunan negeri Sabah.
Beliau berkata GRS juga menyatukan kekuatan semua kaum dalam memacu pembangunan dan ekonomi negeri Sabah.
Menurut Najib, Hajiji juga memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pembangunan di Sabah.
Di bawah teraju Ketua Menteri, beliau berkata Gagasan Rakyat telah terbukti sesuai dengan keperluan masyarakat Cina dan komited untuk membawa kemajuan ke Sabah.
Beliau berharap, penyertaannya dalam  Gagasan Rakyat akan membantu melengkapkan sumber dan bakat politik parti itu.
“Di bawah pakatan politik berbilang kaum dan inklusif, Gagasan Rakyat akan dapat merealisasikan pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial untuk Sabah”, tegasnya.-pr/BNN